MUFFIN PISANG BERKELAPA

P1210345
Cakkk!!....Assalammualaikum, selamat pagi semuaa...Uikk, ada yang menonggeng atas katil tu, bangun weyy pi siap2 hari ni Isnin..Kerjaaaa!!!!.. Terkejut ke puan2 semua nampak pepagi dah ada resipi baru dalam blog mat. Excelikan semalam tiba2 rasa bosan tahap tenuk, jadi mat menyelongkar lah tengok apa yang ada kat rumh, selain barang baking, jumpa pulak pisang, hmm bes juga ni, sebab mat dah lama sangat nak derhakakan 1 resipi ni, tapi tak sempat2. Jadi hari ni dengan tidak rasa bersalah nya, mat derhaka kan resipi asal tu makan terhasillah "muffin pisang kelapa" lembut dan gebuuu, hmmm....Eh..bukan ada kelapa saja tau, siap campur cekelet lagi...tak caya nanti try yeaaa..tapi jangan pulak memandai oter, lepas tu komen kata kurengg, tu jam achik tak dapek lah nak nolong...

Muffin Pisang Berkelapa
Rasanya tak manis, just nice dengan lemak kelapa, serta keenakan coklat yang dicampur ke dalam nya. Siapa suka kacang walnut pun boleh letak. Satu adunan boleh dapat 10 - 12 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup. Kalau yang macam dalam gambar, cuma dapat 8 biji saja, sebab muffin cup 4 segi ni besar. Tapikan, kalau buat dalam muffin cup bulat lagi comel2 tau....erkk pesal lah aku gatai2 pi beli yang 4 segi...hmm, tak pelah..dah beli, guna jee lahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g mentega, cair dan sejukkam
2 biji telur gred "A"
125 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
60 g gula peerang (brown sugar)
1/2 camca besar ovallate
130 g pisang, dilecek
2 camca besar kelapa kering
2-3 titik esen pisang
40 g dark chocolate, dicincang (mat guna "Cadbury Bournville fine dark chocolate")
Badam keping untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar gula peerang bersama ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek. Gaul rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering dan coklat cincang, putar rata.
  4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak, biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan..

Post a Comment

7 Comments

  1. kak rose suka presentaion kek muffin nih.Memang nampak sedap dan cantik.Pandai mat hias untuk tambat hati tukang makan.....Kalau orang tk suka muffin mesti tetap kenyang jamu mata!!

    ReplyDelete
  2. salam kak rose..
    Selamat pagi kak rose..hehehe, tapi kan kak muffin ni haris di cuba..sedapp i tell uuu!!..hehe

    ReplyDelete
  3. pagi2 makan kek pisang harap x kembung. cik mat pakai pisang apa ni?

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya nampak cantik n sudah semestinya sedappp

    ReplyDelete
  5. salam cikmat..unik la 4 segi muffin cup tuh..tak nah jumpa lagi..kalau ikut bebahan nih agak lain skit muffin ni sebab ada ovelet kan..texture dia mcm kek ye cikmat? ringan n moist ye?

    ReplyDelete
  6. cedapnye muffin ni.sy yg x suke muffin pon tibe2 jadik suke.camne nih? hehe..

    ReplyDelete
  7. salam zrkz...
    Harap2 tak kembong lah yea..saya guna pisang emas..

    salam mamasyaza..
    Insya allahh sedap, tapi tu lah kan tekak kita ni tak sama..

    salam izah..
    Ha ah, teksture dia mcm kek, lembap dan kalau buat malam, esok makan lagi sedap...muffin cup tu besar leer, tapi lawa..

    salam deelira...
    Waaa, tak suka muffin yeaa..yg ni lebih kurang mcm kek saja, boleh cuba nanti yeaa..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.