MEE SUP UDANG RINGKAS

Mee Sup Udang Ringkas
Salam semua..berjumpa kita sekali lagi dengan N3 terakhir malam ni. Hari ni kami semua skip makan nasi, macam jemu laaa, lagi pun tinggal 3 kerat kat rumah ni, rasa nak makan benda yang ringan dan ringkas. Bila idea memasak yang ringkas ni timbul, mula lah mat duduk mengadap peti sejuk sambil menyelongkar khazanah2 serta harta2 karun yang tersembunyi, maka akan keluarlah segala maknikam barang serta sayur2 yang tinggal tah berapa kerat, antaranya, bunga kobis, daun bawang, tomato (ni wajib ada dalam stok), fish cake, mee kuning dan lain2 lagi....Eh, semua masih ok yeaa bukan dah xpired..ni kang ada pulak kata aku guna barang recycle atau xpired..dah dapat nama "Mat Xpired"..erkkk no no no..i masih ok yeaa belum xpired!...

Mee Sup Udang Ringkas
Lepas tu buka pulak freezer, cari apa yang patut, sekali..jeng..jeng..jeng..ada pulak udang saiz besar tapi tak berapa nak besar dalam 10 ekor mcm tu..cantikkk!!...terus projek jalan. Daging pun ada juga cuma dah keras macam kayu, beku. Bila sebut ringkas ni, mat memang masak seringkas boleh, jangan pening2 kepala, just lambakkan barang yang kita rasa sesuai dan boleh ngam untuk mee sup..kita yang buat dia...Ok sebab dah terlampau ringkas lah kita ter bebel's banyak...Oh yeaa..N3 pasal traffic tu mat biar lah kejap yeaa...mungkin esok baru delete...kita lihat resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang sederhana besar
1 kiub pati ayam "MAGGI"
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 liter air
1 mangkuk kecil bunga kobis yang dipotong sekuntum2
1 biji tomato belah 8
3 batang putih jagung, hiris serong setiap satu
1 keping fish cake, hiris nipis
1 pokok daun bawang potong kasar
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh minyak bijan
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cili jeruk atau sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sekajap, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak + minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
  3. Tambah udang, fish cake, bunga kobis dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, putih jagung dan juga tomato. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Sedap dimakan panas2...

Post a Comment

2 Comments

  1. mmg sedap!! thanx for the recipe!!

    ReplyDelete
  2. saya dan keluarga mengambil yang haq sahaja yang batil kami pulangkan kembali pada pembaca pembaca dan tuan blog dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.