KUE TEOW KICAP KERANG..

Kue Teow Kicap Kerang
Assalammualaikum semua, salam Khamis, petang ni kan, mat goreng kue teow yang ada berbaki dalam peti sejuk. Kebetulan ada sedikit stok daging batang pinang dan kerang..waaaaa, besnyaa, i likeee. Tadi di YM, ada sorang ni tanya mat, kenapa macam slow memasak. Hmmm, sebenarnya, masa agak ketat lah, lepas tu, masak pun yang senang2 jee dah lah tu, ulang tayang pulak, mesti ramai yang jemu kan. Lagi satu kalau tak de mangsa nak makan, susah lah kita nak masak sakan.. Exceli, resipi ni main campak2 je, tak de sukatan yang betul, apa mat share sini bukan nak paksa anda semua ikut 100%, ikut kreativiti masing2. Ini hanya sebagai panduan dan idea.
Kue Teow Kicap Kerang
Perasan tak taugeh tu, adoii tak buang ekor, punya lah malas, nasib baik jenis taugeh "abang pendek", tak de lah nampak berserabut sangat..hahaha. Kalau nak letak sawi pun ok, sedap juga. Mat kan ada satu resipi lagi guna kue teow, ambik dalam buku masakan chef wan, macam sedap je, cuma belum berkesempatan nak mencuba. Terima kasih yea pada semua, walaupun N3 blog benda2 ulang tayang, anda tetap setia mengunjunginya....mat terharu nihh..nak nangiss kejap...hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g kue teow
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris
1 cawan hirisan daging batang pinang
2 genggam taugeh, dibuang ekor
1 1/2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawag merah, hiris
2 biji telur
1/2 camca teh gula
1/2 cawan air
3 camca besar kicap pekat*
1 camca beasar sos tiram*
1 1/2 camca besar kicap cair*
1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
Hirisan timun, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
  3. Tambah taugeh, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!

Post a Comment

11 Comments

  1. nampak mcam sedapjer..perut jdi keroncong lah plak!! sob3

    ReplyDelete
  2. lama tak jumpa yang kaw punya :(,

    mat punya pasti kaw :D

    ReplyDelete
  3. mat, jgn nangis, jgn terharu... wp ulang tayang tp kak rose tetap datang setiap hari... x tau kenapa macam jadi satu kemestian bukak blog CMG ni. keep-up the good work ya

    ReplyDelete
  4. sya pun sama...
    da addicted ngn blog cik mat neh..
    tak pe la ulang tayang pun...
    ASTRO pun memanjang ulang-tayang...
    suka blog cik mat!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. cam sedap je
    uhu
    kelapran tgk da ney

    ReplyDelete
  6. kalo sehari x bukak blog che mat ni...rasa x lengkap je...windu ja nk tgk msakan che mat. Ulang tayang pun jadik...dr x apdet...

    ^_^

    ReplyDelete
  7. terliur lak den, keroncong perut. ishhh~~~

    ReplyDelete
  8. salam cik mat..
    sume dish nmpk sedap2 blake..
    suke2..
    hee
    nk bg suggestion..
    nk ngelakkan dr pix cik mat di plagiat..
    ape kate cik mat letak watermark tuh kt tengah2 pic dish...
    takkan mganggu pandangan dish tu sangat..
    dish tu still bule dilihat ngan jelas ag..
    hehe
    so owang takleh la nk cut n crop so ever kan..hee
    mmg ramai owang suke curik2 pic ni..
    my fwen pn da banyak kene..
    n diowang amek inisiatif letak watermark tengah2...
    senang cite...
    juz give opinion...
    tq..
    :)

    ReplyDelete
  9. arghhh mencik tol ngan kerang yang duk posing tuh! eeeee nyampahhhh!

    ReplyDelete
  10. petang ni balik kerja akak nak buat resepi kuew tiau ni, mmg nampak sedap...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.