BEN ASHAARI

Wednesday, July 21, 2010

BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM

Blackpepper Beef With Capsicum
Assalammualaikum untuk semua...hmmm..hari ni kan rasa penat lah, dengan gigi yang sakit, masalah kecurian pic masak2..adehh...pening..pening....Ada 2 kes yang mat terima pagi ni, mereka mengambil gambar dalam blog masakan mat dan rakan2 yang lain tanpa izin, dah lah tu tak dilink kan ke blog kami, lagi parah, siap crop kasi buang watermark lagi. Tapi kan sorang tu tadi dah call dan minta maaf (tak pelah "hajjah" dengan ikhlas hati saya maafkan yea)..hmm jadi manusia ni kalau ikutkan perasaan amarah susah juga. Dulu kes majalah SAJI..moga2 mereka tepati janji.. dan sekarang kes blogger pulak..apa2 pun yang sudah tu sudah lah, mat halal kan, cuma lepas ni TOLONG lah...kalau nak, mintak, kalau ambik tanpa pengetahuan empunya gambar ke, at least letak lah link atau credit pada blog kami. Bukan nak marah apa, kita sendiri nak ambil gambar siap pose bagai, gambar tu dok mcm tu saja, tapi orang yg nak ambik gambar tu yang pose maut, lagi lah macam mat guna kamera cikai, tau tak untuk satu gambar masakan more then 20 pictures tau kena tangkap, lepas tu buat saringan.. arghh malas dah nak fikir...hari ni punya kes sampai hangat u, kalau tak, takkan Ben Ashaari siap buat N3 khas koo, klik sini kalau tak caya...Ok jom kita tengok resipi biasa2 mat gebu hari ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 daging batang pinang, hiris , cuci dan toskan
2 inci halia*
1 camca besar penuh lada hitam biji*
3 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
1/2 biji yellow capsicum, hiris kasar
1/2 biji green capsicum, hiris kasar
2 biji bawang besar hiris berbaji
2 batang leek, potong kasar
1/2 cawan air
1/2 camca besar gula
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan leek, kacau dan tuang daging perap bersama jus2nya sekali. Kacau rata dan kecilkan api, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan capsicum dan bawang besar, gaul rata dan tambah gula. Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin boleh tambak sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

13 comments:

Lelord said...

sedappppp

Ummi said...

Mat, sabauu byk2 eh..xpa laa..kalau dah orang mintak maaf harap2 x diulangi lg laa...dan kepada bloggers lain yang baru nak berjinak2 kena laa prihatin sikit dengan hal2 curi gambar ni kan..ya laa..betul cakap Mat..akak masa pakai camera biasa dulu..puas nak snap gambar makanan tu..kalau igt2 cam org x betul pun ada gak..lg haru..budak2 gelakkan montot kita yg jap ke kiri jap ke kanan nak menggayakan camera cikai kita yg byk berjasa tuh...huhuu...20 keping tu biasa la Mat..ada masa lebih2 sgt..acara saringan smpai mengantuk mata dibuatnya...kdg2 mood gambar pun keluar ikut mood kita kan..heheh..xpa la...sedangkan Nabi ampunkan umatnya...(*aissh kumpulan nasyid mana la dtg nih)...hahahaa

aziramsa said...

yum2 sedapppnyer..

Yatie said...

Salam Mat,
Betullah...sabar jelah..tapi akak sokong Mat pertahankan hak yg sepatutnya....akak pun siap gayakan mcm2 pingan /mangkuk sbb nak ambil gambar yg cantik....nasib baik skrng guna kamera digital...kalau dulu2, maunya habis satu roll filem, tapi still takde gambar yg berkenan...harap diaorang ni prihatin dngn kerja seseorang....
*Apa pun daging tu mmng buat akak tergoda...kecurnya..

Neny said...

adakah ni kes blogger amik gambar makanan blog mat pi letak kat blog dia then ngaku dia masak ke apa? Kalau itu motif dia, come on la...dunia internet luas cemana pon senang je org nak jumpa benda2 plagiat ni kan...

cik mat, sy selalu gak amik resepi kat sini, cut & paste resepi mmg pasti. Tapi x penah x letak link. Tapi gambar mmg originally mine (selalunya hodoh2 aje) So kira aci la ye?

Azita Zain said...

tak baik tau curi mencurik ni...! dosa!
kalau nk pinjam pun, mintak kebenaran dari tuan empunya. rasanya tuan empunya tak ada masalah nk pinjamkan gamabr2 tu. tapi jgn ler buat macam harta sendirik plak...kan!!!

daging blackpepper...lama dh x masak daging sbb hubby x makan daging skrg... terliur tengok!

Azira said...

Letak label "Copyright of http://tiffinbiru.blogspot.com" kat tengah2 gambar. Buat cam 'translucent' sikit tapi masih boleh nampak label dan gambar masih jelas. That way, derang tak boleh nak crop gambar tu. :-)

hana said...

matt..daging ko nih wat aku terliur lah! haiiihhhh... cam skrg jugak aku nak buat! daging ade tuh! wpon hanya beberapa gram! hahahahaha...

syahir said...

salam pok mat,
ini mcm pun atter? ehehehe, masak sendili, amik gambar sendili larr. malas punyer keliyerr. choiiii~~~

noreen said...

Salam. Mat memang sakit ati..saya pun ada juga copy masakan & gambar sekali tapi tak pernah tidak letakkan sumber yang saya dapat, sbb itu amat penting. Kita mesti jujur dgn diri sendiri. kalau dah ciplak org punya mengaku je la...bukan cacat kat mana-mana pun. Tapi pe2pun ilmu yg dah Mat bagi tu InsyaAllah ada pahalanya.

ct_nurmarlissaa said...

sedappp..nyerr..nak try ah...stock daging ader dlm esbokkk niee...

Mat Gebu said...

salam lelord...
Erkk..malas nak kata sedap. segan, tapi sedap..hehe

salam kak ummi...
Terima kasih ustazah...hehe, patik sedia mendengar dan memaafkan mereka itew..hehe

salam aziramsa...
terima kasih puan...hehe

salam kak yatie..
Tulah, nasib zaman sekarang ada digital kamera, kalau jenis dulunya..hmm tatau lah nak kata apa.

salam neny...
Betul tu...hmm saya pun tatau lah nak kata apa dah.

salam azita...
Tulah tapi nampak gaya mereka semua tu mcm dah sedar..harap2 begitulah hendaknya.

salam azira..hmm ok nanti saya buat juga..leceh leer depa2 ni semua kan..pening pala.

salam hana.
aku sendiri terliur tengok daging aku sendiri (jgn salah anggap pulak!!)...kalau sambung ayat yg sama kan, boleh sampai Jepun..ahaks..

salam syahir..
waa pun pining kapala, apa mau bikin ini dunia cyber hhoo, manyak susah maaa...suka bikin olangg susah.

salam noreen...
Hmmm saya pasrah saja lahh, moga lepas ni semuanya jadi ok.

salam ct...
waa..wajib try nih, tapi kalau daging lambat empuk, kena masak lama sikit kasi empuk.

jolie said...

salam mat..saya baru je jumpa blog vogue ni. sori, segan sket nak tanya soalan ni tapi saya ni baru nak kenal dapur..err.. bawang potong berbaji tu camne ek? dan camne nak bagi daging tu empuk dan cair di mulut sbb daging yg saya masak tu agak liat sket even dah masak agak lama.. terima kasih share resepi best2.