BEN ASHAARI

Monday, June 28, 2010

MEE HOON GORENG ALA NYONYA..

Mee Hoon Goreng Ala Nyonya
Assalammualaikum semua, N3 penutup malam ni mat saja lah nak letak satu resipi yang teramat biasa sangat bagi orang2 Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia mungkin. Mee hoon adalah satu menu kegemaran orang2 kita. Kiranya mee hoon ni satu bahan masakan yang vesertile, bayangkan selain digoreng, boleh juga dibuat mee sup, ada juga yang dibuat kerabu pendek kata boleh masuk semua majlis baik formal atau santai. Hari ni mat nak share satu menu mee hoon goreng yang telah dimasak ala2 nyonya peranakan. Exceli ianya macam mee hoon goreng biasa, cuma mat dah siapkan awal2 cili tumis dia. Kali ni dalam peti sejuk cuma ada udang saja, kalau ada ayam, sotong atau fish ball pun sedap dicampur sekali.

Mee Hoon Goreng Ala Nyonya
Selalunya masakan peranakan ni nampak macam pedas tapi tak berapa sangat, mereka ni lebih banyak menggunakan buah keras, serai, lengkuas, belacan, cili merah segar dan bawang merah kecil. Sepatutnya ada tauhu yang dipotong kecil dan digoreng, tapi malang tak de stok pulak. Ok nak cerita sikit, perbezaan peranakan cina Melaka dan Penang. Peranakan Melaka dia lebih kepada gaya Melayu dan Indonesia. Di Penang, mereka ada pengaruh Siam, Burma dan negara ke utara. Gaya masakan pun ada perbezaannya, cuma yang mat perasan, mereka ni sama dari segi apa tau...dari segi "berlagak" atau "show off" kata omputih, mana2 bibik yang kaya tu...makk aii. xsen gila koo, lepas tu pandai pulak main "ceki"....ceki tu macam ala2 judi daun terup....Eh guna duit banyak tau sebagai pertaruhan....mati lah guaa kena sental mulut dengan cili kejap lagi...tak relaaaaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mee hoon, celur dalam air panas hingga lembut sedikit, toskan
2 1/2 camca besar rempah cili nyonya (resipi dibawah)
200 g taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy, dicuci bersih dan kerat2
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 cawan isi udang
1 cawan isi ayam (tak letak sebab tak de)
Kicap cair secukupnya
2 biji telur, dibuat telur dadar, kemudian dihancurkan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan (lupa letak pulakk!)

BAHAN REMPAH CILI NYONYA :-)
10 biji cili merah*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji buah keras*
2 keping hirisan nipis lengkuas*
2 keping hirisan nipis halia*
1 batang serai, hiris halus*
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
4 biji limau kasturi, perah jusnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK REMPAH CILI NYONYA :- Kisar semua bahan2 yang bertanda (*) hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali (lebih sikit), tumis bahan kisar tadi hingga garing, gunakan api sederhana. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Masak hingga terbit minyak. Sejukkan dan simpan dalam botol. Biar rempah tadi tenggelam dalam minyak tumisan. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK MEE HOON GORENG ALA NYONYA :- Panaskan 1 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis rempah cilit tadi bersama sos tiram dan sos tomato. Masukkan udang dan ayam, tuang sedikit air, kacau dan biar ayam masak. Masukkan telur dan sedikit kicap cair. Masukkan mee hoon tadi dan gaul rata. Tambah sawi bok choy dan kacau lagi, akhir sekali masukkan taugeh sambil dikacau. Masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah kicap cair sedikit lagi. Matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, cili hiris dan belahan limau kasturi....

8 comments:

soclose2213 said...

mmm sedapnya.. tadi wat kari ayam versi mat gebu..sedap terangkat..terima kasih...=-=

hana said...

pakcikkkk! mee hoon goreng satuu!! skali teh tarik kaw kaww ar! jgn lambat nanti pelanggan lari! hahahaaa

aida mn said...

adehhh....sedapnyeee....dah le lapo Cik Mat lagi lapo leee....

RafikJahat said...

wah. kuey teow. lapar pulak. terima kasih abang mat, for the recipe's. blog ni best. :)

Mat Gebu said...

salam soclose2213...
Terima kasih. hmm saya pun suka kari, ada masa kari india jee lah tak de santan..

salam hana...
Uik..esok2 lah yea, hari ni warung tutup, kalau nak kek ada laa, dengan biskut 4 segi..boleh?

aida mn....
Kalau guna pinggan antik JB akak tu, lagiiiii berseri2....kenyang terus.

salam rafik jahat...
Hmm koo jahat sangat ke...erkk ni mee hoon lahh, kuey teow N3 yg dulu tu...sah2 tidur lewat nihh..

MamaFaMi said...

Salaam Mat...
Alangkan nak goreng bihun biasa pun macam tak berapa nak rajin, ini lu nak suruh gue goreng nyonya stail... tak kuasey gue... lagi baaaanyak benda gua kena masukkan!

Mat Gebu said...

salam mama...
Eh..eh eh..guaa rasa macam salah orang tau bila dengey luu kata tak rajinn..kus semangat terperanjat guaaa....

Attila razmie said...

Assalamualaikum en Mat, td teronda-ronda mencari resepi pastu ternampak lak macam ada cliche je pada blog ni..was-was plak membaca story dalam entry ni..cuba en mat tgk2 blog ni..rasanya banyak resepi2 blog org lain pon ditiru dan diubah tanpa kebenaran..

http://frommyinside.blogspot.com/2010/06/resepi-hari-ini-mee-hoon-goreng-ala.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.