BLUEBERRY CHEESE CAKE

Blueberry Cheese Cake
Salam Ahad semua, apa khabar?...Tak pi mana2 ke...Ok hari ni mat nak share kek yang mat buat untuk hidangan tetamu "blogger" yang berkunjung semalam...Mereka2 ni dah kerap juga datang dan kami semua sudah terbiasa kalau bercerita sampai terbabas waktu. Terima kasih mat ucapkan pada "Sis_Linn dan keluarga", "Kasawari dan Cikgu Linda" (bini diaa nihh!), "Kak CT Delima dan keluarga" dan juga "Shai"....Sepatutnya ada sekuntum bunga yang tengah mekar join sekali, tapi ada hal yang tidak dapat dielak kan..hmm tak pe lah "Retna", raya esok singgah Sedenak, macam tahun lepas..Minta lebih kurang halal jika ada terkasar perbuatan dan juga tersasar adap bicara...Psstt...nak gossip nihh...siap ada sorang "lady" tu tanya kat bonda ku..."Mak Yah..betul ke "Ben Ashaari" tu hansem?"...Waaaaa tuu diaa, tiba2 nama dia boleh jadi topik kat rumah pak tuaa....ish ish ishhh....anak sapa lah tuu agaknya....

Blueberry Cheese Cake
Ok, berbalik cerita pasal kek ni, exceli mat pun kalau tak de mangsa, tak kan ku buat ini kek, yelah kang tah berapa hari baru nak habis, lagi pun mcm pak tua ni memang tak boleh woo makan ini cis...tapi kan, hmmm rasa dia sedap kooo....aduhh, nak pitam nihh...heehe. Resipi asal dari buku Alex Goh tapi mat dah olah mengikut kesesuaian bahan2, biasa lah mat gebu kan kalau tak derhaka kat resipi orang lain mana sah....Alahh releks, lahh, derhaka sikit jee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
1/2 cawan "blueberry segar"

BAHAN HIASAN :-)
200 g blueberry filling (pilih yang ada biji2 blueberry dalam dia)
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil (macam dalam gambar). Ketepikan.
  2. Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung (seperti dalam gambar..bila ditegakkan, puncak dia bengkok).
  4. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata. Masukkan blueberry segar, gaul, tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
  5. Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek dan selebihnya gunakan kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.
  6. UNTUK HIASAN :- Satukan gelatin dengan air panas, kacau rata hingga gelatin larut, satukan dengan blueberry filling, kacau rata dan boleh digunakan untuk menghias atas kek keju tadi...

Post a Comment

17 Comments

  1. sangat suka cheese cake.ape jenama cheese cake sekalipun.huhuhu..
    sedap nampakny!!!

    nak sikit?

    ReplyDelete
  2. arini nak kuor g blanja! wajib bli cheese! hahahahaa....

    ReplyDelete
  3. waaaah...cheese cake..cisss sangat mengiurkan.mmg boleh pingsan mcm ni... syok la jadi tetamu cikmat..nak gak..

    ReplyDelete
  4. derhaka cket?..haha..mengiurkan

    ReplyDelete
  5. my paberet cake ni..dah terliur ni...

    ReplyDelete
  6. saya telah menjadi saksi utama dalam merasa kek ini yang sangat lazat dan berzat.. aduhai... macam nak lagi la.. haha..

    thanks che mat.. kerana sudi menerima kunjungan pertama kami di tahun 2010 ini.. hehe

    ReplyDelete
  7. cheese wow kesukaan ku.Salam che mat.
    BOLEH TAK IZINKAN SAYA LINKKAN BLOG CIK MAT

    ReplyDelete
  8. sedapnya mat ciskek tuu!!! nak pi umah mat gak la.hihi

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Mat...aduhhh mcm nak g lagi lah rumah Cik Mat..jom ayu kita serbu rumah Cik Mat hhehehehe..

    ReplyDelete
  10. nak jugak cheesecake tu.. nak buat malas.. leceh aahh.

    ReplyDelete
  11. Salam. Npk pn dh semcm sedappp.. Nk mtk u share la Che Mat, awk punyer mixer 2 kasi interframe ckit bleh..

    ReplyDelete
  12. salam anisalya...
    Ye ke..saya pun suka...cuma suka lihat...haha, kalau nak makan tu agak menyeram kann..tapi saya mmg suka..

    salam hana...
    Beli jgn tak beli..sedap nih, lepas makan, memasing pi check kolestrol yeaa..mesti semua meriah.

    salam teratakputeri...
    kak chah feberet kek keju juga kee...waaaa, kelasss..

    salam kasawari...
    Terima kasih sudi singgah ke pondok saya. Kesudian anda semua saya mmg hargai...moga berjumpa lagi nanti..insya allah.

    salam eddie...
    Waaaa feberet jugakkk..hehehe, terima kasih sudi link blog saya ni yeaa..

    salam kak ain...
    Hehehe, bolehhh....

    salam siti indrawati...
    Waaaa, nak buat edisi terjah juga ke..hehehe,

    salam mulan...
    Tul tu kak, tapi tak elah cerewet mana cuma makan masa lama sikit baru kek tu nampak lawa...tapi kek ni jimat, sebab mana boleh makan banyak2..

    salam ohoeya858...
    Terima kasih sudi singgah..oo nak tgk mixer ku itu kee..ok insya allah nanti saya letak kat sini yeaa..

    ReplyDelete
  13. Maaaattt....ha ko saja je nak wat akak sakit mata, sakit tekak n sakit hati eh....ketinggalan la sudaaahhh..huhuuu

    ReplyDelete
  14. salam cik mat,
    saya ni dah lama jadi follower cik mat, secret admirer heheheh. Cheesecake ni memang favourite giler saya nihhhh, selalu klu teringin nak makan, saya beli sepotong jer kat kedai, makan pelan2, baru terasa kenikmatannya...

    ReplyDelete
  15. waaa..sedapnye...
    my favourite cake..:)))

    ReplyDelete
  16. finally, jumpe jugak resipi ni.. hehhe~ ^_^
    Abg Mat, kalau guna bekas acuan lain tak boleh ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.