BEN ASHAARI

Sunday, May 2, 2010

SOTONG KANGKUNG

Sotong Kangkung
Salam hujung minggu untuk semua, hari ni Ahad kan, mesti ramai yang pi merayap, ukur2 jalan dan juga cuci2 mata sambil cuci2 poket. Pernah makan sotong kangkung? Ia satu makanan ala2 rojak. Kadang2 idea memasak boleh tumpul, kalau kita kurang mentelaah bahan bacaan dan juga internet. Resipi ni pada mat ringkas, sedap dimakan bersama nasi atau begitu saja. Eh...masa nak tulis N3 ni kan, mata rasa mengantuk sangat...Nak kena minum kopi bagi mata segar, hari ni bebel tak bley panjang2 sebab rasa idea dah kering..ok jom semak resipi senang teramat sangat nihhh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung
400 g sotong kembang
1 cawan kacang tanah siap digoreng, kisar sederhana halus
10 tangkai cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar gula (atau secukupnya)
1/2 inci belacan
1 camca besar petis (otak udang)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian celur dalam air mendidih yang dicampur 1 keping asam gelugor dan sedikit garam, hingga kangkung lembut, tos dan biar sejuk. Sotong kembang dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dalam air bercampur sedikit garam selama 2 minit, toskan. Ketepikan.
  2. Untuk kuah pula, cili kering dikerat2, cuci dan rendam dalam air panas hingga lembut, toskan dan kisar cili tadi bersama bawang besar, bawang putih dan belacan hingga halus. Tuang dalam satu bekas.
  3. Masukkan kacang dalam bekas tadi bersama2 petis, gula dan garam secukupnya. Kacau rata dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Rasa dan jika perlu tambah gula sedikit lagi.
  4. Untuk menghidang, alih kangkung tadi dalam pinggan sesuai, letak sotong atas kangkung tadi dan curahkan kuah kacang secukupnya. Hidangkan segera.....

6 comments:

hana said...

salam mat..
aduhaiiiii teringat kangkung aku yg dh jadik arwah tuh! kesian mati teraniaya sbb terlebih baja! sob sob sob... alfatihah wat kangkung.. huhuhuu

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam Cik Mat..

nak minta sikit sotong, kangkung dah beli..

Mai Sweettooth said...

Slm Cik Mat

di singapura kita panggil rojak bandung tapi ada tambahan tahu goreng n suun yg di rendam memang enak....yummmyyy

Mat Gebu said...

salam hana...
Ishh kejamm nyaa koo, kesian si arwah tu sampai kecut...

salam sariyusa...
Laaa lambat beno cakap, sotong dia licin dahh, tinggal kangkung n kuah dia jeee..hehhe

salam mai sweettooth...
Rojak bandung..hmm bess nih, ok lain kali saya tambah tauhu goreng n suu huun...dahh resipi baru muncul..terima kasih kongsi info yea mai...

kak ina kl said...

salam inspektor sahab aka mat gebu..

memang favourite akak ni..nanti nak cuberlah..tapi hb tak bagi makan kangkunglah sbb kes ada lintah kat dalam batang dia..nak ganti dengan apa ek

Mat Gebu said...

salam kak ina KL...
Oooo.takut yea...hehe, nasib baik kangkung tu abah saya tanam kat kebun, dan telah melalui proses pencucian terperinci...hmmm apa kata kak ina try ganti dengan pucuk ubi..amacam, ok tak?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.