BEN ASHAARI

Thursday, May 20, 2010

AYAM HALIA LADA HITAM

Ayam Halia Lada Hitam
Salam Khamis semua, apa khabar anda semua, sihat ke... Hari ni jom kita makan lauk ala2 orang berpantang, saja lah sebab nak bagi perhangat badan yang memang dah sentiasa hangat ni. Lauk paling senang nak masak, cuma guna sedikittttttttt saja minyak. Tapi halia memang lebih sikit lah, bau dia kan harum dan bila makan, berangin jeee...rasanya untuk orang yang baru bersalin pun sesuai makan ni....kalau dapat ayam kampung lagi sedap kan, pulak2 ayam dara.. Yang ni mat guna ayam daging yang di bogelkan kulitnya, tu pun masih ada sikit minyak...tapi ayam kalau bakar, kulit tak buang, rasa dia lagi sedap tau, isi dia pun moist gitu....Jom kita semak resipi senang teramat sangat nih....Lagi satu nak tambah...mat kan tak tahan gelak dengan N3 blog "Cikgu Isza"....hahaha...banyak2 bersabar yea cikgu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam dipotong 16 bahagian
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, hiris halus
30 g halia muda, hiris halus
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca teh kicap cair
Sedikit gula pasir
3 cawan air
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh minyak masak
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk ayam tadi dengan garfu. Cuci bersih, tos dan gaul dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi, perap sekurang2nya 2 jam.
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hiris hingga layu, tambah lada hitam tumbuk, masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air, kacau rata dan tambah kicap cair. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah gula dan rasa jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Kacau rata dan masak lagi sekejap. Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....

12 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cik mat..
tq eik sharing menu nie..
masak esok...utk ayu berdiet

ayu dah ajak cikgu isza mai join rombongan cik kiah...hope dia join sama2

Kak Rose said...

kijam ko mat, baik ko tunggu rombongan cik kiah tu dan masak banyak2 tuk jamu diaorang... tak lah meleleh anak cikgu Isza tu nnti..

ain said...

menu yg baik utk kesihatan!!! angin dlm badan pun boleh keluar!!

PINATBATE said...

terima kasihlah Cik Mat..boleh kakpinat tunjuk resepi ni kat asben,dah 10 hari dia jadi tukang masak..akak dalam pantang sekarang..jap lagi nak suruh dia beli ayam kampung..

CT Delima said...

Sungguh membuka selera diwaktu hujan2 ni mat. sedapnyaaaaa! tapi hari ni k.ct cuti2 ar dr masak ayam hehehe. lain kali leh lah pinjam resepi mat ni yek..hehehe

kak ina kl said...

salam mat..tenguk gambar ubi tu memang mengiurkan lah..

dah senyap ek..tak geledah kedai apeks cari teko..

tOm said...

dis is my fav.. thanxxx cik mat =P

abc+milo said...

waaaaaa~~~~ sangat mengujakan ;)
tp beliau saya tak suke ayam...
ganti ngan ikan ok ke tak? erkkk...

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Sedap menyelerakan je lauk ko ni. Tengah tak berapa nak sihat ni, kalau makan mende-menda yang berhalia ni, memang best habis la...

nino said...

mat,
samalah lauk kita hari ni :)

Sari Yusa Ibrahim said...

boleh merampingkan perut ni..

Bittersweetflavours said...

Tu ari time kenduri buat lauk ni gak... tambah cendawan butang skali... I makan cendawan di je... coz kurang suka le makan ayam skrag ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.