BEN ASHAARI

Thursday, April 8, 2010

MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD

Mushroom Soup & Garlic Bread @ Mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam Khamis.. Syukur alhamdulillah mat dah ok dari demam, cuma tinggal sedikit batuk je. Tempoh hari ada sorang pengunjung blog mat mintak resipi sup cendawan atau "mushroom soup", memandangkan masa mat beli cendawan portobello tu, mat beli juga fresh button mushroom jenis putih dan kelabu, jadi boleh lah mat laksanakan pembuatan sup cendawan ni. Bukan tak boleh guna cendawan butang dalam tin, bolehhh, cuma rasa dia pasti berlainan, kurang rasa "cendawan" dia. Sedia maklum bukan semua orang suka makan benda ni, tapi kan bila digandingkan dengan garlic bread....sah2 leer jadi sedap i tell uuuu!!...

Mushroom Soup
Perasan tak kaler dia macam kelabu sikit, tu sebab mat campur dia jenis cendawan butang, kalau guna jenis putih semua, pasti sup jadi putih. Ada juga mat lihat orang guna cendawan "shitake" atau "tiram" untuk buat sup macam ni, tapi bagi mat cendawan butang lagi sedap....nampak hijau atas sup tu mat tabur dengan cincangan parsley, yang tu kalau tak nak letak pun tak pe, kalau letak lagi lawaaa, menarik dan sedap..Lagi satu sebelum terlupa, lada hitam kalau boleh kisar sendiri yea...baru lah wangi.....

P1180328
Ok cerita pasal garlic bread ni pulak, roti ni mat buat sendiri tadi, guna resipi roti benggali je, kemudian bentukkan panjang seperti roit Perancis, kelar2 dan bakar hingga masak. Biarkan sejuk, hiris menyerong anggaran ketebalan 3/4 inci, sapu dengan mentega "khas" (nanti tgk resipi...) lepas tu panggang dalam non-stick pan hingga keperangan macam dalam gambar tu. Dah siap2 semua, boleh lah hidangkan....Minum pulak kalau makan benda2 macam ni, mat suka freash orange sebab boleh cover rasa "unik" benda2 tadi....pening ke baca..hahah, tak pe kita semak resipi dulu, kalau pening juga lepas ni...makan panadol yeaa...

BAHAN-BAHAN ROTI :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1/3 camca teh garam halus
120 - 160 ml air suam (kurang lebih)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

BAHAN MENTEGA "KHAS"
2 camca besar mentega*
2 ulas bawang putih, diparut*
Sedikit serbuk lada hitam*
1 camca teh cincangan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan memanjang dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda kemudian kelar secara menyerong sebanyak tiga kelaran. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.
  3. UNTUK GARLIC BREAD :- Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan mentega "khas" (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasa, kurang lebih 2 minit. Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....
BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
250 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
  2. Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi......

14 comments:

cikgu isza said...

salam,
semalam membelek entri di bawah label roti.. banyak yang nak di cuba.. menarik sekali.. tapi macam susah jer..

insyallah.. ada kelapangan nanti pasti ku cuba walau entah bila agaknya

Mat Gebu said...

salam cikgu...
Benda2 ni, bila ada masa singgang boleh lah mencuba...pada asalnya kan, saya buat blog cuma sebagai rujukan sendiri dan sedara mara je..yelah kadang2 yang bertulis kat buku..payah nak selak..kalau di blog ni senang sikit...

hani said...

Salam pada Mat gebu,
Wah!gambar mushroom soup dan garlic bread nampak begitu real dan cantik betul...

Mmmm pasti lazaaat... :)

Ibu Mifzal Arsyad said...

buat saya rs terliur..dah la tgh diet ni..huhuh...

hana said...

salam mat... aku dtg skodeng pagi2 neh! sbb nak sarapn kat sini... boley ngak?? sup lebih er! satu piyuk pong xpe! leh aku tapau bwk balik! kekekeke

BISIKAN NURANI said...

salam en mat...pak mat kot sesuai...hikhik...nak tanya, utk mushroom sup tu, ada x alternatif selain kiub ayam Maggi...saya tak berapa gemar la guna produk Maggi dan seumpamanya

Mat Gebu said...

salam hani...
Terima kasih...tapi saya tak puas hati sikit dgn garlic bread tu..hmm..

salam IMA...
Alaaa, kesiannya, tak pe, tutup sebelah mata yea, tgk sipi2 jee..

salam hana...
Oitt apa skodeng2 nihh...dosaa weyy..hahaha, oo nak ek sup tu.. kalau piuk dia ada laa, isi tak dak!..

salam bisikan nurani...
Ok, kalau tak nak guna stok seumpamanya, anda boleh guna stok ayam dengan merebus tulang2 ayam bersama air, bawang putih, bawang besar dan sedikit halia selama 30 - 45 minit dengan api perlahan. Lepas tu tapis dan boleh guna air rebusan untuk buat mushroom soup ini...

Ismaliana Bt Sulaiman said...

bestnyer mushroom soup..sblm ni lieya guna yg segera jer cikmat...sbb x reti buat...anak2 mmg suka nih...ada masa nnti lieya mesti try....

Mat Gebu said...

salam ismaliana...
Ok, apa kata kali ni try buat pulak...sebenarnya kan kalau susah nak dpt freash button mushroom tu, boleh juga yg dalam tin..tos dan cuci dulu cendawan tu yeaa..

Bisikan Nurani said...

ooo...begitu pak cik...hikhik...terima kasih ye...moga Allah rahmati pak cik sbb sentiasa berkongsi ilmu ^_^

Mat Gebu said...

salam bisikan nurani...
Hehehe, begitu lah kekdahnyaaaa....

Nora Asfa said...

Che' Mat.. terima kasih dengan resepi yang lazat ni.. terus lapaaaaaaar dah rasa perutku ni tenguk gambar2 dan resepi2 yang sungguh menyelerakan...

Insya-Allah akan saya jadi bahan rujukan nanti..

Selamat berhujung minggu.

Chenta Qaseh said...

Che Mat, sedaaapppnya home-made mushroom soup ni. Insya'allah saya akan buat hujung minggu ni.

rehana nurul amin said...

Wah rajin. saya guna mushroom sup campbell je. Jemput tengok web saya

http://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/11/garlic-bread-sangat-simple-sedap-kenyang.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.