BEN ASHAARI

Thursday, March 4, 2010

SERI KAYA KARAMEL

Seri Kaya Karamel
As'laikum semua, apa khabar, 2 hari lepas tak letak n3 apa2, tah lah tiba2 perasaan malas melanda, dan tidak boleh diubati langsung, ada byk pekara berlaku, paling benci nak cerita pasal projek kek ku yang begitu hampa hasilnya.....sapa kata orang yang selalu baking tidak menghadapi masalah, tapi itu semua salah sendiri, maklumlah terlalu teruja nak meng"oter" resipi. Hasil nya sendiri lah tanggung...hmm nak cerita pun "MALAS!!!".. Ok lah, hari ni mat buat seri kaya karamel, resipi asal dari "Norzailina Nordin". Dulu dah pernah buat dan letak kat My Resipi. Kali ni mat buat tapi sukatan gula dikurangkan. Seri kaya ni memang lah manis, sebab gula tu salah satu bahan awet, kalau kurang manis, nanti seri kaya cepat rosak... Ok kita semak resipi dia yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas, kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....

6 comments:

Ummi said...

Hai Mat, kek apa pulak yg ko alter smpai x jadi tuh..jadi keras baling ke dinding x pecah ke, jadi lembik macam lecah gitu..hehee..aah ya, ada masa "angin suey-suey" gak bila kita mengadun kan, x jadi la pulak! Xpa, ko x jadi 10 thn sekali, bkn 10x setahun..bese le tuh..Chef2 tersohor pun mst ada gak kejadian camtu punyer!! Apapun kaya ni sesuai tuk akak yg kena makan roti je n xleh pedas2 sehari dua ni..hehe..mengancam jek!

Ejamaria said...

TQ Cik Mat, Maria mmg nak cari resepi seri kaya ni, sbb mak dulu2 rajin buat, la ni tanya resepi dia kata dah lupe... huhuhu sedih... seri kaya ni panas2 lepas masak tu makan ngan roti benggali...best!
p/s: Maria dah try double berry cheese cake... best

sonata anak kancil said...

nak cuba buat la sri kaya ni...senang nampaknya...TK...salin resepi dulu

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Hahaha, biar lah ianya menjadi rahsia dan sejarah hitam dalam dunia baking saya...tak rela nak share dgn sesapa...hahahaha..tuu diaa dgn penuh perasaan.

salam ejamaria...
Sama2, saya pun berterima kasih pada Puan Norzalina Nordin..tapi kaya ni kan rasa dia mcm kaya Gardenia tu, bukan yg hijau tapi yg cekelet tu..serius nihh!

salam sonata...
Cuba jgn tak, senang cuma, jgn bagi anak2 dekat, takut tepercik nanti...

Kujie said...

yang ni nak buat cuti sekolah nanti..anak2 ada kat rumah..sebuku roti sehari

Mat Gebu said...

salam kak jie...
Yess, wajib cuba, mesti mereka sayang kan kak jie..berdouble2..sedap air tgn ibu kannn...lagi satu kan rasa dia mcm kaya "gardenia"....itu tekak saya yg kata..hehehe,

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.