BEN ASHAARI

Monday, February 8, 2010

SAYUR LEMAK MERANTI

Lemak Sayur Meranti

As'alikum semua, dah makan tengah hari ke, sebenarnya kan mat ada menu lain nak buat, tapi buat masa ni kita masukkan salah satu masakan melayu yang biasa2 dimasak. U all tau ke apa itu sayur meranti?...Ianya sejenis sayur yang biasa orang2 jawa masak, boleh dilihat sini... (tak caya koo tanya "Hana", mesti dia tau punya lahhh!!!), rasanya lemak2 pahit. Setau mat ada 2 jenis meranti, satu jenis hutan lagi satu jenis dah hybrid. Sedap dimasak lemak dengan keledek, digoreng dengan belacan atau dimasak tumis air. Masalahnya bukan semua yang makan, tapi mat memang suka sayur ni, rasa dia walau pun ada pahit2 sikit, tapi cukup menyenangkann....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak daun meranti
10 kuntum cendawan tiram
5 batang putik jagung
2 keping tempe
800 ml santan cair
250 ml pati santan
1 biji keledek sederhana besar
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun meranti, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Cendawan tiram dipotong, putih jagung dikerat 2, tempe dipotong kiub, keledek dikupas dan potong baji. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan santan cair, keledek, udang kering, hirisan bawang besar dan bawang putih. Didihkan dan masak hingga keledek 1/4 empuk. Masukkan tempe dan putih jagung, biar mendidih sekejap.
  3. Masuk sayur meranti dan juga cendawan tiram, biar mendidih 1 - 2 minit. Tambah pati santan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Kacau rata dan biar mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...

8 comments:

petunia merah jambu said...

bang mat, anak sy yg blom 2 thn ni tgk sayur lemak tu pun reti kate, mama shedap.. dia mmg suke sayur lemak putih. bubuh cendawan ek?
tapi kat sini xde mranti, kobis jer ada.

hana said...

hahahahaa... ko mmg sajer nak dengki aku mat yoo! aku mana ader kebun nak petik merantiiiiii! huh! mencik haku!

ita cutevirus said...

huhuhuhu....

CMG, MIL ita slalu gak masal meranti nieh... kalo kat shah alam memang susah nak dapat meranti nie... FIL ita slalu beli kat pasar pandamaran klang...

memang mabeles..

Kak Rose said...

Mat, sedapnya sayur tu, baru semalam balik parit raja dan yam yam sayur meranti masak lemak... jom kasi hana jeles lagik!

ain said...

salam mat..teringat akak masa kecik2 dulu, pokok meranti main tanam kat belakang umah je, now ni nak cari kat kedai2 biasa susah nak dpt. kena pi psr besar atau psr tani.

CT Delima said...

amboiiii...macam tau2 jer k.ct lama tak makan sayur pucuk meranti ni. Ni yang nak balik Jb suh kakak masak ni mat.

MamaFaMi said...

Bak semangkuk Mat... lepas habis kuah tu, mangkuk ma simpan je la, wat souvenir eh, bley cam tu? Eh tapi tak maulah mangkuk yang ini, nak mangkuk yang isi rendang tu.. tak pun, hantarlah dua mangkuk sekali Mat... ko jangan cakap mama mangkuk ayun dah ler. Doser tau cakap orang tua cam tu...

linda said...

salam abg mat gebu yg suker wat saya meleleh air liur,

mane nak carik sayur meranti ni erk?? saya suker kalo masak lemak putih, sempoi jer rasa pahit2 sedap dia tuh... miahahah :P