BEN ASHAARI

Sunday, February 21, 2010

ROTI BENGGALI...

Roti Benggali
Rasa2 lama juga tak meroti, pagi tadi masa berjalan dari blog ke blog kekawan cyber, mat singgah blog "Yani". Dia ni dulu dok kat Jepun dan pemilik My Resipi, tempat yang agak femes juga untuk berkongsi segala resipi, mat asal2 dulu masa belum ada blog, kat situ lah kita sumbang resipi, boleh bertukar2 idea. Mat nampak yani buat roti benggali, tapi dia punya very the licin dan cantik u. Mat buat juga tadi, cantik juga cuma tak licin sangat...hehehe. Resipi dia mudah dan rasa dia memang asli, maksud asli disini ialah, bahannya hanya asas saja, tak de letak telur, pelembut atau penstabil, bila cicah dgn kopi atau sambal tumis, rasa dia lagi lahhhh sedap...yg dalam gambar tu mat makan dengan jem tanpa gula....jemm tu sedapp u..i likeee!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

13 comments:

Ummi said...

Ayoooo...tambi..itu roti kasi cicah dgn kari mamak mmg kick ayooo..Benggali campur Mamak = Benggamak la..ada betu itu tambiiii...(*usik2 dipetang minggu..wakaka)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Nampak sedap, tapi saya tak berani buat, kompom setengah buku saya bedal sorang.. huhu

NYKOLETT said...

mat...betul ke kamu buat roti tu...ke beli kat kedai Jagit Singh depan umah tuh???kikikiki(jangan mara..k.Rose mengusik je..

Mat Gebu said...

kak ummi...
Vavavava.,....benggali + mamak = benggamak...hahaha, aci manyak pandai laaa...sekolah tinggi juga ada pegi, itu pasal banyak pandai..betul kaa aci?

salam sari...
Hahaha, eh saya je 2 ketul u i bedal, exceli tadi saya buat 6 biji dan susun dalam tin kek 4 segi...tu jadi montoks tuu...

kak rose...
Jangan tak caya kak, hehehe...kws kami benggali tak dak, kalau cinapek ramai laa,maklumlah kws cina...

Jamelah Khatun said...

Salaams Cik Mat, ini roti banyak cantek juga. Apa pasal nama ada benggali? Saya orang benggali jugak, tapi takdah pernah tahu ada ini roti. Capati, puri & naan saja ada. Hehehe... thanks for sharing.

Mat Gebu said...

salam jamelah...
Ini roti ada cerita, itu benggali sudah kawin sama melayu punya perempuann...itu pasal dia punya bini kasi nama roti benggali, sebab bila nampak itu roti, dia ingat sama dia punya chenta...hahaha, kan saya dah merepek!!!...

Jamelah Khatun said...

Salaams Cik Mat, awak tak merepeklah tapi so very the cute. Kita ketawa banyak kuat juga sampai hubby(he's Indian Muslim)terkejut. Dia kata apa you bising malam2, hehehe... Actually I'm a mixture of Father (Pathan(Pakistan),Arab & Bugis)and mother (Eurasian & Chinese)so race is Pathanlah.

Ummi said...

Betul la Tambi, itu cikgiii ajar sama aci laaa...tu pasal pandai sambung2 ayat, aci belajar bahasa tamil juga adik Tambiiii..hehe

minah_stapler said...

Tak pernah baking roti. Nak try lah... kalau jadi kita jemput awak makan ok.

Best lah site ni... I laik.

linawati binti latip said...

Blh ditry nanti niii...trmksh CMG

azlina jaafar said...

Assalamualaikum,

Sedap nampak roti ni, akak pun buat jugak roti ni untuk kedai roti akak lah. Tapi akan modify sikit saiznya. Nak share sikit ni, kalau nak roti ni berkerak sikit, pancitkan air masa roti ni dalam oven dan sebelum masuk oven. Ni untuk yang suka makan kerak le. Kalau cicah ngan kari/sup memang sedap.

toyyibuncookies.com/blog

pl said...
This comment has been removed by the author.
otomen said...

tumpang tanya..Cik Mat guna breadmaker brand apa..sy nk beli breadmaker tapi tak tau brand apa yg ok..sy takde experience buat roti tp ngidam nk wat roti guna breadmaker..terpengaruh nga kegebuan roti hasl tangan uols..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.