BEN ASHAARI

Tuesday, January 12, 2010

KERABU SOO HOON

P1160361
Salam Selasa untuk semua....dah makan ke?...Tiba2 teragak nak makan kerabu, alaaa, kerabu biasa2 saja....ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Pembuka selera ni ringkas dan sedap dimakan begitu saja....makan dengan nasi lagi sedap. Apa yang penting keseimbangan rasa masam, manis, masin dan pedas mesti ada....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 g soo hoon (yang kering), dikerat2
4 ekor sotong saiz sederhana besar
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan hiris
3 tangkai daun sup, hiris
5 -6 biji limau kasturi
Beberapa helai daun salad
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Soo hoon, direndam dalam air panas hingga lembut dan menjadi jernih. Toskan dan cuci bawah air mengalir. Biar kan kering dalam tapisan. Udang dibersihkan, buang urat dan celur sekejap. Sotong dipotong cuci bersih dan celur sekejap. Letak sedikit garam dalam air rebusan tadi. Tos dan sejukkan.
  2. Gaul kan semua bahan2 diatas kecuali garam, gula, jus limau kasturi dan daun salad. Tambah garam dan gula serta jus limau kasturi secukup rasa. Alas bekas hidangan dengan daun salad, letak kerabu tadi dan hidangkan segera.

7 comments:

Ummi said...

Mat, lajunya pulak ko masak..dah dpt tenaga dari buah sawit or baja yg melambak tu eh..hehe...Terliur tgk kerabu ko nih...ish ish..

Rinnchan said...

Ratah aje ye Mat.... sempoi ni !!!

y@tiezaini @ KEMAMAN said...

meleleh dh air liur tgk kerabu mat

Jamie said...

wah meleleh air liur tgk kerabu nie.. mcm terasa2 jer masam, manis, masin dan pedasnya.

Jamie said...

Lupa lak nak wish.. happy belated birtday yea Cik Mat.. la muda lagi rupanya.. tua setahun jer dari kita.

diari-selebriti-mama said...

terus rasa teringin nak makan..

Joanna Yunus said...

saya follow disini ye kak....sedap2 semuanya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.