BEN ASHAARI

Sunday, January 24, 2010

KERABU KACANG BOTOL

Urap Kacang Botol
Salam hujung minggu semua, apa khabar...Plan masak apa hari ni?...Kebetulan rumah mat ada stok kacang botol, yang ditanam sendiri oleh bonda. Selain dibuat ulam bersama sambal belacan, ianya juga sedap dibuat urap. Jadi hari ni mat pun buat lah urap sebagai salah satu juadah membuka selera. Kalau dapat yang segar baru dipetik, lagi sedap, bukan apa, kacang botol ni mudah jadi kecut dan lebam, terutama di bahagian tepi2nya yang beropol2 tuu... Kadang2 kan terfikir juga, kenapa ianya dipanggil kacang botol?.....ada rupa botol ke?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g kacang botol, cuci, tos dan hiris
2 biji bawang besar, hiris halus
1 cawan kelapa parut putih
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci ubi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 biji cili merah*
6 biji cili padi siam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan tumbuk bersama kelapa parut putih dan gaul rata kemudian masukkan kacang botol dan bawang besar hiris, gaul hingga semua mesra.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan hidangkan segera...sedap dimakan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan.......

8 comments:

jalilah_jy said...

salam.. buat pengetahuan...orang kedah panggil kacang kelisa...
mungkin ada sejarah nama kacang tu begitu..kena kaji ni...hehehe..

Mat Gebu said...

jalilah_jy...
Salam..oo kacang kelisa yea..hmm itu lagi satu nama unik..betul tu, nak kena buat kajian kan...kalau omputeh panggil 4 angled bean...tapi bila tukar ke nama melayu, mcm tak sedap pulak bunyi dia..

mohdandmeriam said...

salam cik mat. kacang botol ni sedap dibuat ulam. itu anak mak cik Didi's favourite ulam. rajin mat sampai buat kerabu - lagilah sedap.

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...
lama noi tak nyinggah nih...
dah sampai nippon nih terpandang menu kacang botol nih...telan air liur nengok...kat sini mau kena wat urap ngan kacang yg betul2 rupe botol lah kot...huhuhuhu....

miza.hanif said...

salam br mat.. ubi cekur tu apa eh?? saya budak br belajar.. tolong la ajar.. tq

Judith said...

Salam Mat Gebu.. kacang botol apa? sama dengan kacang tanahkah? ..
Hidangan ini nampak sedap sekali, sama seperti hidangan2 lainnya yang Mat masak, juga cantik penampakan di foto.. :)

CT Delima said...

Salam mat...amboiiii k.ct kalau jumpa kacang boto ni kena lak buat urap atau kerabu perghhh..makan ngan nasi panas2 harus bertambah nasi tu mat :)

ain said...

sedapnya. kcg boto ni selalunya kak celur then cecah ngan sambal asam je. sedapp!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.