ROTI SIPUT

Roti Siput
Selamat petang semua, jemput minum dan makan roti.... Hari ni kan, angin rajin datang bertiup kencang, cuaca pulak hujan, lembap dan dingin. Jadi tadi mat pun memerintahkan Breadmaker menguli adunan roti. Bila dah siap, timbul lagi satu masalah...tatau nak buat roti apa. Tiba2 mat teringat kat blog tulipkasih milik "Kak Zura", dia ada buat roti siput sedikit masa dulu. Jadi mat pun buat lah roti siput tapi gaya sendiri. Yang kelakarnya, masa membentuk tak delah susah mana, tapi kan bila doh tu mula naik ianya nampak pelik tapi masih ok walau pun dah tak macam siput. Bila dah bakar, lagi lahhh, bentuk dia bukan macam siput lagi, tapi macam sanggul mami jarum yang baru lepas adengan tarik2 rambutt!!!......arghhh menciii!!!....

Roti Siput
Apa2 pun roti ni lembut dan sesuai lah untuk diminum bersama teh atau kopi. Cuma ini resipi asas doh manis, rasanya dah tentulah manis2 manja. Sebelum terrlupa, resipi asal dari "MamaFami" yang begitu rajin bak bionic women tuuu..ligat koo untie sorang ni, memasak pandai, membaking pandai, business pun pandai...pakcik tabik menonggeng nihh kat MamaFami!!!....tapi kan ma, nak minta maaf juga sebab mat dah oter resipi asal sikit, saja, i ni kan gatal, resipi org aku modifey....tapi tetap mengekalkan ciri2 "mamafami"...hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
190 ml air
60 g whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
80 g gula halus
11 g instant yeast (mauripan)
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
60 g mentega
Sedikit gula halus untuk ditabur



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 20 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 tadi dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli (30 minit) dan perap 10 minit. Keluarkan doh dan ikut langkar seterusnya.
  2. UNTUK ROTI SIPUT :- Doh tadi ditumbuk untuk membuang udara. Bagi kepada 16 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil satu bahagian, canai memanjang dan gulung. Kemudian canai gulungan tadi dan gulung sekali lagi. Kerat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (dalam gambar mat guna ramekin, 3 potongan untuk 1 ramekin). Buat hingga siap dan biar 45 minit. Tabur sedikit gula halus dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.....
CATATAN MAT GEBU :- Jika diperhatikan, resipi doh ni tak de pemerapan peringkat pertama, lepas uli , biarkan 10 minit, terus bentuk dan perap bagi dia naik dan bakar. Ianya memang cepat dan mudah. Resipi asal guna telur, tapi mat ganti dengan whipping cream, sebab telur akan memberi rasa "telur" bila roti sejuk, macam tak ngam sangan minum dengan kopi atau teh!!.....







Post a Comment

13 Comments

  1. okey lah tu mat...walau pun macam tarik2 rambut si mami jarum. rasanya mesti sedap, lembut gituuuuu. bila lah nak mula balik menguli tepung ni erk...huhuhuhu


    Tunggu sape2 yang baik hati bagi hadiah BM kat k.ct kot hahaha

    ReplyDelete
  2. Amboi Mat, bukan main lagi ko puji puji ma ni ye.. sib baik ma tak tertonggeng dek kerana hati dah terkembang macam roti ko tu. Hahaha... Ala mama ni bukannya pandai mana pun.... takat nak makan sendiri dan nak bagi kepuasan pada diri sendiri tengok hasil sendiri tu, bolehlah...

    Tapi tak tahan betullah baca ulasan ko pasal roti ko ni. Dari siput leh transformasi jadi sanggul mami jarum tu! Muahaha... Allah hu akbar, penat ma gelak Mat oi...

    Jap jap.... tapi nak tahu gak, apa dia ciri-ciri MamaFaMi yang ko kata ko kekalkan tu Mat? Curious gak ni? Manalah ma ada resepi sendiri... ini pun wa cilok mana tah wa pun sudah lupey! Hahaha...

    ReplyDelete
  3. aku pong suker ngan doh manis mamafami nih! bila mat dh sipotkan, lagik aku suker! nmpk comey wpon ade yg dh tk ruper sipot! ekekeke yg penting rasa dier tip top kan mat kan!! kasi kembang lagik ma baca ayat aku! kikiki.. peaceee ma! ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumm Cik Mat...

    alaaa...gebunya roti, macam tuannya.. :D

    ReplyDelete
  5. salam mat,cikmanggis nak tinggal jejak ni...banyak siput dalam satu bekas sebab tu jd sanggul mami jarum hehe...sunggh creative :)

    ReplyDelete
  6. Wahahaaa...akak nk gelak dulu laa...hehee..mmg hujan2 ni, macam2 siput keluar kan...siput sedut, siput *tutt*, siput sanggul pun ada..wahahhaa..ala-ala sanggul Normadiah la kot Mat..dulu ada tgk kakmOn (*ish tersedak pulak kakmOn kang..) buat Ayam Sanggul Normadiah kalu x silap..ekekee...Apapun, siput ko ni mmg montok mcm tuan siputnya tuhh!!

    ReplyDelete
  7. pagi-pagi sejuk camni terus segor bugor nengok siput Mat yang gedabak dan menggiurkan tekak tu....wakakakaa... memang kalau dekat.. K.An dah terjah mintak dua tiga bekas...!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Cik mat,
    Merata saya tengok orang sebut nama cik mat. tahniah ya.
    roti siput tu comei la. hihi

    ReplyDelete
  9. Mat.. caya lah roti siput nih.. Masa baca repot mmg tergelak besar dibuatnya.. "tapi macam sanggul mami jarum yang baru lepas adengan tarik2 rambutt!!!......arghhh menciii!!!...."

    heeee heee heeeeeeeeee
    But thumbs up!

    ReplyDelete
  10. haha Mat , ada gak cam rupa siput atas dia tu, siput triplets. :)

    ReplyDelete
  11. salam mat... camna nak kekalkan gula kat roti tuh supaya tak cair eks. selalu letak gula atas roti mesti cair jerr

    ReplyDelete
  12. cantinya macam siput sanggul. Memang kena betul minum ngan air teh o. Kita tertawan betul ngan teko tu.

    ReplyDelete
  13. tak pernah cuba whipping cream.. malah resipi ini mudah lah.. thank you.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.