Sambal sotong ni mudah dimasak dan tak pedas sangat, sebab mat gunakan 100% cili merah, bukan cili kering, tapi sesiapa nak campur cili kering pun boleh, tak salah. Penggunaan herba seperti serai dan daun limau purut pun menampakkan kelainan sikit, mereka ni kalau masak, belacan dan buah keras memang tak boleh tinggal.. Sedap dimakan bersama nasi, roti, roti jala dan juga ubi rebus..ishh sebut2 ubi rebus bikin kecur tekak guaaa sajaa....hehehe.. Apa2 pun kita pantun dulu...
TERBANG TINGGI SI BURUNG KEDIDI,
HINGGAP BERTEDUH DI DAHAN JATI,
BUDAYA BANGSA LAMBANG PERIBADI,
JANGAN DIBIARKAN TERKUBUR MATI
HINGGAP BERTEDUH DI DAHAN JATI,
BUDAYA BANGSA LAMBANG PERIBADI,
JANGAN DIBIARKAN TERKUBUR MATI
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong, siang, cuci bersih dan toskan
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
10 biji cili merah, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
Sedikit air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalan kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
- Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
- Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat macam selipar jepunn!!!....



12 comments:
Salam Mat...amboiihh tayang lauk sikit punya kecur akak dibuatnya...tambah2 gulai lemak putih nangka tuh..uihhh ada lg x nangka, pas sini sikit nk wat sayur gak laaa...hadooii ni semua bukak selera akak tul..Alamat, xkan kurus laar nampaknya..
sedappnyaaa tgk sambal sotong tu..isk ni yg nak kna terai ni
salam mat gebu...
kalau sambal sotong macam gini memang saya suka...tapi yang ni ada sikit kelainan...pasti lebih sedap....
resepi ni nampak cam lain sikit....nanti2 nak cuba juga.
paten kat pinggan mangkuk tu, kalu jadi baju..woish, meriah habih
Hi Mat Gebu, I eat to live, not live to eat.
But looking and salvating like a lion at 6pm, now thinking of live to eat.
Wow! I love this Nyonya dish, outstanding, Mat.
Best regards, Lee.
Memang sedap lauk sotong sambal ni mat. CM kat rumah ni memang febret dia.macam nak masak gak ler hehe
tr kasih bagi resepi sedap ni ya cik mat :-)
must try....must try.....
Meriah sungguh pinggan mangkuk cikMat!! I like!!
salam cik mat,
Hmm...sambal sotong nyonya. teringat sotong kat peti ais.
Arini, saya try resipi choc cheese muffin cik mat.Alhamdulillah, comei.. tima kasih ya cik mat.
nengok resepi cik mat nie mengingatkan sy bila menonton kat you tube "The Big Bibik and The Little Nyonyas", memperkenalkan masakan2 chinese peranakan.Salah satu nya resepinya ialah sotong asam.
salam mat...wah bagus resepi ni..tak pedas..suami akak suker..akak nak buatlah petang ni..c & p ajer ye..
Benar Mat, kalau kita sebagai generasi muda tak mahu mengekalkan warisan bangsa siapa lagi yg akan melakukannya. Jangan esok generasi kita ingat bahawa bumi msia ini bangsanya tak bertamadun....ahahha..
Post a Comment