BEN ASHAARI

Tuesday, September 15, 2009

TAT KELOPAK

Tat Kelopak
As'laikum semua, cun kan "tat kelopak" hasil nukilan dari blog "Kak Lina" atau lebih dikenali dengan panggilan "Chef Norz"...Semalam mat ternampak resipi ni kat blog kak lina, sampai termimpi2!...Hari ni mat buat juga lah sebab teruja sangat. Nampak leceh sikit tapi seronok tengok hasilnya, ibarat satu kerja seni. Itu pasal mat selalu pesan, kalau nak makan biskut raya, mesti tengok, rasa dan nikmatinya, jangan main telan buta2....penat leer tukang buat tu berhias bagai atas biskut tu...langsung tak dihargai..dan satu lagi kenalah sedap, harap hias je "vouge', rasa hampeh nak buat apa...tapi resipi tat kelopak ni kan, kalau sesapa nak buat sebagai hantaran pun lawaa u....Apa2 pun gunakan kreativiti anda untuk mendapat hasil yang memuaskan..Untuk resipi asal, boleh rujuk di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega (mat guna 130g)
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty". Kemaskan doh tadi (seperti dalam gambar).
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

21 comments:

MamaFaMi said...

Kata nak buat tart rose... tart kelopak lak jadinya! Apa cerita ni Mat? Hahaha... boleh main kona baring lak plan dia...

Mat Gebu said...

MamaFami...
Tat rose...tak bley lah maa, ada kang saya pingsan kat dapur, kalau tat kelopak ni still can manage...hehehe

Sizuka said...

cik mat, comelnya tart ni. rasa sayang nak makan. kalau i buat kat rumah, tetamu datang, i;ll definitely sorok dalam almari biskut ni.. hehe

.:Fae-Yust:. said...

tersangat lar chomelnye tart ini.sayang jer nak makan!

Am-flora said...

cntiklah cik mat, saya ada buat gak hari itu tapi kelopak dia biasa je, cik mat nyer lagi cunlah..next yearlah leh buat, tiru cik mat nyer! pantang betul kita ni..nengok cntik mesti nak wat gak,next yearlah pulak.

kak ina kl said...

salam mat..aduss kreatif sungguh kamu ni..akak tak sanggup nak buat..buat yang biasa pun macam nak pengsan..

caiyokkkk..akak ambik resepi nasi minyak kamu tau..sedapppp

cikwan said...

comelnyer tat cikmat ni..kalau sudi jemput ke blog ambik kad raya saya pulak yer...macih..

cikwan said...

selamat hari raya buat cikmat dan keluarga,semoga syawal yg bakal menjelma menceriakan kiter bersama..maaf zahir batin.

ICook4Fun said...

Cantiknya tart ni Mat. Nanti I nak buat for Christmas ha ha.. Mat, here wishing you and your family Selamat Hari Raya Adil Fitri.

jalilah_jy said...

salam cik mat..akak dah buat semalam 16 sept 09 tat ni..akak ikut semua caranya..dan bentuknya..alhmdllah menjadikkk sedapppp gebuuuuu akak ingt nak guna resepi ni buuat biskut yg lain..tambah perasa je laa kot...tapi atas dia akak taruh coklat cip dwi kala tu...akak tak de acuan bunga kecik2 tuuu huhuuu maceehhh mat ya..semua akak dah print resepi biskut utk dicuba...moga berkat ilmu ini..pahal berganda ilmu dikongsi bersama...

Beachlover said...

Mat banyaknya buat kuih Raya ni...sedapnya...

Ziela Anwar said...

en. mat, saya ni silent reader kat sini. nak ajak en. mat change link blog nih ha... senang skit nak tau apdet terkini...tu pun kalau en. mat sudi laa... :)

anniecute said...

salam...sedapnya, klu dapat pegi raya rmh mat ni garenti best, banyak biskut, meriah sungguh. By the way, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

kak ina kl said...

salam mat..akak nak cubalah buat tart pakai resepi ni..terima kasih ye..

Umiey said...

fuhh teringin la nk wat tart cam cik mat...tapi.....
apa2 pun selamat hariraya maaf zahir batin

Ummi said...

Salam Aidilfitri Mat,
Cantiknya tat kelopak ko nih..mcm bunga2 dara yang sedang berkembang mekar gitu..byk kukis Mat buat, akak ni x sempat sgt laa..campur kuih tunjuk2 pn ada..Nanti datang rmh akak amik kad ya Mat...Maaf zahir batin ya sbb selalu ngusik ko dan menyemak2 kat dpur ko..Salam buat Mak Yah dan ayah Mat yaa..

umi rhania said...

umi dah buat tat kelopak mat khamis baru ni.Rasanya boleh jual dah.....Umi buat utk anak2 bawa balik ke asrama je ...tak buat utk rumah terbuka pun. Lebih kan boleh bawak ke sekolah pulak...TQ for resipi ni.Selamat hari raya dan maaf zahin batin untuk mat ye..........

Gelas Biru Muda said...

alahai sedapnya yg ini, sayangnya dh x sempat nak buat, apa pun slmat hari raya mat

Beachlover said...

SelamaT Hari Raya Aidilfitri Mat..

Dee said...

Hi Mat Gebu!

Semua resipi Dee cuba and suka, dan yang ni lak Dee nak cuba lepas raya... pasal tak sempat. Mat Gebu, Dee nak la acuan yang Mat Gebu pakai nih! Pat S'pura takder... =(

aludra said...

cantik tul tat tu ek..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.