BEN ASHAARI

Saturday, September 12, 2009

KURMA DAGING TOMATO

Kurma Daging Tomato
Salam semua, dah siap masak ke?...Hari ni mat makan yang simple2 jeee, apa yang penting mesti ada "air".....hehehehe, ok jom lah kita semak resipi kurma daging tomato ni, masakan ni tak guna santan, tapi ganti dengan susu cair...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
2 biji cili merah, dibelah dua
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kurma
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
2 camca besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 camca teh lada hitam biji
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

1 comment:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.