BEN ASHAARI

Wednesday, September 2, 2009

KUIH KOCI PULUT HITAM..

Kuih Koci Pulut Hitam
As'laikum semua...dah malam (dahh pagi pungg), baru dapat nak on line dengan tenang dan dapat masukkan n3 baru. Kuih koci pulut hitam tu, bukan mat yang buat, tapi bonda ku tercinta yang membuatnya...Air tangan seorang ibu ni memang lain, rasa pun berbeza, walaupun teknik dan resipi dia kita ikut bulat2, tapi tetap ada perbezaannya...Itu lah kelebihan dan kemuliaan seorang "ibu".....

Kuih Koci Pulut Hitam
Sebenarnya gaya pembungkusan kuih koci ni ada 2-3 jenis, kebiasaan bagi kita orang2 melayu, gaya membungkus lebih kepada bentuk "bantal dan piramid. Tapi ada juga kaum peranakan membungkus seakan2 bentul kelongsong kuih abok2, dan kuih koci mereka pun ada ditambah sedikit warna biru (hasil dari perahan jus bunga telang)....tapi dari segi inti, tetap sama, guna inti kelapa...Kalau nak tengok bentul bantal, piramid dan cara2 membuatnya, boleh jengah2 disini.....

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
  3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....

12 comments:

Azita said...

sedapnya koci ni! tambah menyelerakan bila pekena dengan kopi-o!!!

ain said...

fav kami sekeluarga lg2 koci labu. besttt!!!

Sis-Lin said...

en.sabar ku suke ini kuih koci..heheheh

Nani said...

Blog En. Mat Gebu ni mmg bestla. Asal view je mesti ada entry baru. Pictures pun menaikkan selera makan je. Mesti suruh my mum tengok blog ni. Boleh dia masak sedap2 hari2. Haha.

hana said...

menci sejuta lemon menciii!! huh!! bak tpg pulut itam tuhh!!!

biEha said...

cik mat...klu letak kacang merah pun leh kan?....

CT Delima said...

memang sedap kuih koci ni kan mat... ank2 pun suka :-)

d i d a said...

isk terharu btul tgk kuih koci ni..kuih tradisional gni mmg best. mcm all time fav. nnt nak cubalah.

Ogy Rosli said...

cik mat,

mak akak ajar kalau buat kuih koci nih, doh tuh pakai air panas, nnt doh tuh jadi separuh masak. kuih akan jadi lembut sampai ke malam. cuba lah !

selamat berpuasa.

kak g

Ummi said...

Mat, sedapnya kuih koci yang terhidang dalam pggan antik warna merah ko tuh..ish ish ..duk pulak kat meja makan ko tu..boleh baring2 lagi sambil makan..hiiiksss..hehe..Mat, tolong carikan daun pisang, nak wat gak! :D

Kakda said...

cantiknya tea set tu.

SHALAIHAH said...

antik la tea set tuh cmg....arwah tok kita pun ada...tapi set pinggan...dah tak bnyak yg tinggal...hbis pecah....tinggal 3..4...biji piring jer lagi.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.