MINI MURTABAK

Mini MurtabaK
As'laikum, yuu huuu buat apa tuuu!!, salam ramadhan juga untuk semua, diam tak diam dah 12 hari kita berpuasa, cepat sungguh, kalau yang business kuih raya tentu sekarang ni macam lipas kudung menyiapkan tempahan...lepas tu penat juga mengira hasil keuntungannya..ahaks...Ok hari, ni mat buat mini murtabak yang senang dan ringkas. Orang lain dah berzaman buat, aku baru nak buat, kalau tak bulan puasa, rasanya lom buat lagi resipi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya
1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasa. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua....
MINI MURTABAK MINI MURTABAK Reviewed by Mat Gebu on 9/02/2009 08:27:00 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Senang jugak buat Mini Murtabak nie... ingat susah... hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam ,lama tak singgah umah mat ni,selamat berpuasa ,dah setengah bulan kita berpuasa....wah mat pun bikin murtabak mini ya...

    ReplyDelete
  3. klu rajin ptg nanti nak buat gak le murtabak mini ni!

    ReplyDelete
  4. Lama I tak makan murtabak. Teringin nak makan after seeing your photo, Mat. mmmm I pun nak buat this weekend.

    ReplyDelete
  5. Mat..smlm k.ct dah plan nak buat coz nmpk kat umah kawan.tup..tup pi kedai kulit popia dah abis..hampehhhh ko mat hehe

    ReplyDelete
  6. adeh cik mat..mengancam betul murtabak nihh..isk..telan liur je la..heheee

    ReplyDelete
  7. cik mat nak tanya, gaul dgn telur tue gaul dgn telur yg dah masak ke yg belum masak. sorry ye... saya budak baru belajar. terima kasih :)

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.