BEN ASHAARI

Thursday, July 9, 2009

KIMA DAGING

Kima
Salam untuk semua...Pernah dengar hidangan "kima daging"?...Ianya salah satu hidangan timur tengah yang sesuai dimakan dengan roti arab, capati, roti benggali atau roti canai...pstt lempeng pekak pun sedap u makan dengan kima daging ni. Kiranya kima daging ni adik beradik kacang phool jugak....Kalau kat belah Johor ni kan ramai juga orang2 berketurunan arab, tu pasal masakan Johor ni ada macam2 pengaruh..... Ok jom lihat bahan2nya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....

7 comments:

CT Delima said...

Cik Mat...kima Daging ni makan ngan capati lagi lah sedap. Bila mau cari itu capati erk huhuhu

Mima's Oven said...

Salam Cik Mat, wow! kima daging Cik Mat sungguh mengoda perut saya... cedapnyer....

ain said...

saya suka kima daging ni cik mat. mkn ngan capati mmg le sedap hingga menjilat pinggan.hehe

zaitgha said...

Mat,

Nih Dato' nyer favorite makan dgn capati...the best one so far to us di KL belakang hospital Tawakal or kat my old office, Lebuh Ampang he he....kena try lah ur recipe nih

Mama Vogue said...

Mat, juga sedap dimakan bersama roti mariam..... di Johor masakan ni sangat popoular ek... dia dah jadi masakan Arab Peranakan Johor

geraugebang said...

Aduh, sedapnya. Walaupun kita orang Johor, tak pernah pulak mencubanya. Tapi, pernah dengor mak sebut tentang makanan ni.

Jama said...

Setahu mummy, kheema ni berasal dari India lah, memang masakan kegemaran family mummy! boleh makan dengan nasi, roti, capati....