BEN ASHAARI

Friday, May 15, 2009

MARIAH KARI

Mariah Kari

Mesti ada yang hairan, sambil geleng2 pala..lepas tu angguk2 pulak...Pelik kan, nama kari ni ala2 nama penyanyi barat yang seksi tuu, "Mariah Carey"...tapi hakikatnya ia sejenis kari tanpa santan...Mat dapat resipi ni dalam majalah Jelita dulu2...tak perasan tahun bila. Tapi sedap dan sesuai dimakan bersama nasi, roti dan sebagainya..Mat guna kepala ikan jenahak, kalau nak guna ikan tenggiri boleh, udang boleh, sotong punn boleh..ikut suka tekak memasaing yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan jenahak (kurang lebih 1 kg)
1 biji terung bulat
6 - 8 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat)
2 biji tomato
2 biji cili merah
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
2 camca besar cili kisar*
3 camca besar rempah kari ikan*
1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci belacan, dibakar
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, dan potong sederhana besar, cuci lagi dan toskan. Terung dibelah 2 dan potong 4 bagi setiap belahan, rendam dalam air yang ditambah disedikit garam. Tomato dibelah 2 untuk setiap biji. Cili merah dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumis hingga layu, masukkan bahan kisar dan kacau rata. Tambah bancuhan rempah kari (*)...dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  3. Masukkan kepala ikan dan terung. Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit. Masukkan belahan cili merah, bendi dan tomato tadi. Biar mendidih.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran anda, resipi asal dia ada tulis, kari ni boleh dimakan bersama mee hoon...

7 comments:

jiejah_deen said...

sejak kecik mak saya buat kari tanpa santan , kami panggil kari k*ling hehehehee

ain said...

hubby sy tak suka pulak kari x de santan..dia kata mcm kari mamak! sy pulak sukaaa...!!

Ummi said...

Oooii baguslah sesekali buat kari xda santan..hb akak tu dah semacam dah duk makan bersantan jek! Hehe..kali ni mau kasi ajar sama dia..wakakaa..sedap ya Mat? Nak buat nih! Hehe..tp akak guna ikan pelalin or kembung je laaa kot..nk habiskan stok!

saveme_zero said...

mmg sedap,mmg sue selalu msk xde santan..yummy. klu kepala ikan..lg sedap abg mat.

Mat Gebu said...

jijeah_deen...
Memangkan kari india mmg tak guna santan, ada kala mereka letak yogurt...

ain...
Itu perkara biasa laa, kalau letak santan kari kita rasa lagi sedap....tapi kalau tak de santan pun sedap jugak..

kak ummi...
kak, kari tak de santan ni, selain kurang skit kolestrol, ianya lambat basi, faham2 jelah benda bersantan ni kan mudah basi.

Sue..
Setuju dengan su..tu pasal saya masak guna kepala ikan...nasib baik aku dah tua...kalau budak2 terus jadi bengap!!

joegrimjow said...

cair melelehhh

zaitgha said...

this posting and the last one, i can see the picture...magic la blog u nih Mat....and i kalau buat kari mmg tak bersantan coz too much lomak cili api and mertua tokay santan he he...

lawo gambo....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.