BEN ASHAARI

Wednesday, April 29, 2009

SUP TAUHU & CENDAWAN

Sup Tauhu & Cendawan

Dalam cuaca tak menentu ni kan, makan sup2 memang sedap...Jadi hari ni mat masak sup tauhu dengan cendawan, makan dengan nasi hangat, sambal belacan dan goreng pulak ikan pekasam...adoiii, tak menoleh kiri dan kanan dahhh, tunduk jeee, mak mertua lalu pun tak perasan (yelah mana nak perasan, mak mertua pun tak daaa!!!...hehehehe)... Jadi kalau sesapa macam kering idea nak masak apa, boleh leer mencuba yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube
250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil
100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Secubit gula
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*
Lada kicap*(*bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
  3. Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap....Selamat menjamu selera....
CATATAN MAT GEBU :- Cendawan telinga tikus tu kalau susah nak dapat yang segar, boleh guna jenis kering. Rendam dulu dengan air suam hingga cendawan kembang, buang bahagian kerasnya dan bersihkan. Boleh digunakan...

10 comments:

ain said...

sedapnya nampak sup tu! geramm!

Ayu said...

cik mat, sedap tu buat hirup2 ....

yantz-yeem said...

dah terliur dah nie...
salam ziarah...
jom join contest kat blog saya...

CT Delima said...

mat..lauk biasa2 dah nampak cam luar biasa dah..sedappp ni mat.Meh k.ct carikan mak mertua untuk mat nak tak mat hahahaha

kena bambu ngan mak yah k.ct ni kang hahaha

QiStinA's said...

alamak c.mat..wpun sup..ttp nampak mengancam...

MamaFaMi said...

Mama kalau ikan pekasam tu, tak boleh masuk la. Apesal agaknya eh? Kenapalah dipanggil cendawan tu dengan nama tu ek? Buat kembang je tekak...hehehe...

Apa-apa pun, sup Mat tu memang nampak menyelerakan.. Kalau ma jadi mak mertua Mat, jangan buat buat tak nampak lak bila ma lalu sebab mama kalau lalu, mama make sure Mat perasan ma lalu! Ahakss....

jiejah said...

sedappppp ..
sekarang ni kerap masak sup sbb cuaca panas kot :)

yus5478 said...

salam cik mat, kita masak sup cendawan semlm.. tp cendawan kelabu tu jer.. hehe... hari ni mood kita x berapa baik la.. ada masalah sikit... mmm ...

hani said...

amboi sedaap nyer :)

Elle said...

abg mat, dah try tadi...tapi cendawan telinga tikus tak jumpa...so bubuh suhun,tauhu ngan fucuk je..nice