BEN ASHAARI

Sunday, April 26, 2009

ROTI KENTANG

Roti Kentang

Salam sejahtera semua, syukur ke hadrat Illahi atas limpa kurnia nya, mat dah sihat cuma ada sikit2 lagi sakit di bahagian tekak...Hari ni teringin nak makan roti kentang, asalnya mat tengok kak "RinnChan" buat di fp dia...Mat pernah buat roti ni dulu dan hasil dia memang amat memuaskan hati......

Roti Kentang

Resipi asal dari"Onigiri" dari MyResipi. Resipi dah ada dulu, tapi tak pelah mat tulis lagi sekali...yang mula2 buat dulu kalau nak tengok, boleh klik sini.....

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g)
60 g kentang lecek
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak)
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan telan "on", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.
  3. UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

10 comments:

ain said...

tu hari try tak menjadi, terus malas nak buat.hihi

My Asian Kitchen said...

oh!! Mat!! roti kentang pun boleh buat yea..naK tanya sikit yea, apa tu kentang lecek,powder ke? thansk alot:)

Mat Gebu said...

ain...
u buat roti yg mana?...adehh risau tau kalau org try resipi tapi tak jadi....

My asian kitchen...
kentang lecek = mash potatoes. Tapi tak payah campur apa2, cuma rebus kentang sampai lembut, lepas tu mash sampai hancur...

Jamie said...

Bila lah nak try buat roti nie..BM dah bersawang dalam store.. Mat kalau buat apa pon nampak menyelerakan..
Alhamdullilah Mat dah sembuh seperti sedia kala..

Mat Gebu said...

Jamie...
salam..eh u tau tak, mula2 hari tu i nak belikan buku "roti" tau, sekali habis stok pulakkk...

SiS-lin said...

aku suke ko roti kentang..klu beli kt giant tu kan,blk kasi panaskn dlm oven,nnti lembut je kan....

PINATBATE said...

power betul roti kentang ni..boleh berdiri!

lina said...

salam mat gebu - saya budak baru belajar nak copy recipe roti kentang ni....baru belajar buat roti...gebu jer roti mat

k'ngah kurau stone said...

Salam...semalam first time cuba resepi roti dari MG memang menjadi tqvm MG...k'ngah buat roti prune tapi guna kurma...pas ni nak cuba roti kentang dan yang lain2 pulak

NS Creation by Safura Hisamuddin said...

aSSALAMUALAIKUM
EN.MG saye suke sgt blog anda hehe...slalu try recipe kat sni, nak tye la en.MG pkai bread maker brand ape yek? sy nk try wat roti la... ;)