BEN ASHAARI

Wednesday, April 1, 2009

ASAM PEDAS MELAKA

Asam Pedas Melaka

Memang dah lama nak mencuba resipi "asam pedas melaka"....dari blog "Rozzan", rasa2nya seakan2 "asam kari"...tapi kurang sedikit rasa rempahnya, memandangkan hanya jintan manis dan lada hitam digunakan...Tapi pada pendapat peribadi mat lahh, asam pedas ni sedapp, sesuai juga kalau ikan tu diganti dengan ayam....Oh yea..sebelum lihat resipi, ada satu pantun maklumlah "Melaka" kann....

Kunang-kunang di balik awan,
Buah berangan di dalam raga,
Sedap rasa rupa menawan,
Itu lah asam pedas Melaka

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (boleh guna apa2 ikan atau ayam)
2 biji terung
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)

A (KISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (resipi asal tak letak)

B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.Terung dikerat 2, belah 2 setiap keratan dan hiris tapi tidak putus, rendam dalam air garam. Tomato dibelah 2 setiap biji. (boleh letak bendi, kalau suka)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
  3. Masukkan ikan, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Bila mendidih, masukkan terung (dan bendi, jika guna).
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman....





12 comments:

ain said...

terliur pulak saya cik mat. lamanya x masak asam pedas. kat umah ni saya sorang je yg minat asam pedas.huhu

maklang azie said...

kita pantang tau mat asam pedas ni....tak kisah le melaka ke...johor ke...asal asam namanya my paberet tau....slurpppp...dapppp

mat, kek lumut tu apa tujuan nak ikat ngan tali rafia eh...cam takut kek tu lari lak...heheh

CT Delima said...

asam pedas ni memang sedap tau mat..walau tu hari gi melaka x sempat nak merasa yang lin oder,tapi dah tau asam pedas melaka memang power debom ler sedappppp!!

mamaDhea said...

takde letak daun kesum ke? klu takde bunga kantan mcm mana?

saya pon peminat asam pedasss.. :D

SiS-lin said...

betul mat...asam pedas melaka mmg power sehhh!!!!!

Dayang said...

wahh meleleh air liuq adehhhh

Mat Gebu said...

ainn...
Laaa, u sorang je ke yg minat..kalau dekat i boleh tapaw kan utk u..

mak lang...
sama lah kita mak lang, penggemar asam pedas..kes kek lumut tu, tujuan tutup tin tu, tak bagi air masuk (mat pun ikut kata tuan empunya diri yg bagi resipi tuu).

kak ct...
tu lah, rasa dia lain laa...ishh mcm kena kat tekak..lain kali nak try guna ayam pulak.

mamaDhea...
resipi rozzan dia tak letak, tapi kalau ada nak letak pun tak salah, kalau tak de bunga kantan ok juga, cuma "kick' dia kurang skit laa.

sis - linn...
tu lah, aku rasa kalau masak guna tetel pun sedap...hmmm

dayang...
eh terung asam dayak tu kalau campur dalam asam pedas, ok tak yeaa...

QiStinA's said...

aduh...lapor perut tgk asam pedas tu...he..he...lengkap ngan pantun lagi..kelasss gitu...

Ummi said...

Laahhh..akak baru je buat asam pedas masak peranakan ko tu..dah keluar asam pedas ni pulak..adehhh podaiiih hati betul la...Xpa, nnt esok lusa try yang ni lak...hehe..berdesing le telinga 2 3 hari ni duk makan asam pedas jek!

Ms Duyong said...

kalau nak tau asam pedas melaka ori punya, dtg le ke ASAM PEDAS POWER kat perigi hang li poh di bkt china melaka. baru tau bezaaanyaaaa.....tapi dinner n supper je tau...siang xbuka

saleh said...

Asam Pedas Melaka dan ikan bakar akan menemui anda di Shah Alam U8 Mall TTDI Jaya pada awal November 2011.Kepada genuine asam pedas lover nantikan pembukaannya...

saleh said...

Inginkan resipi asal asam pedas Melaka ,Merlimau version boleh search diblog "Asam pedas Ikan bakar stall"

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.