Petang2 ni makan roti sambil minum teh atau kopi O, panas memang sedap....selain roti kosong, apa kata tukar roti berinti epal...Inti epal tu ala2 inti "pie epal" saja...Tapikan selain buat pie, sesuai juga buat inti roti, sedappp uu!!!
Doh roti mat ambik dari buku Alex Goh....Doh asas bun manis ni boleh dipelbagaikan kegunaannya mengikut kreativit masing, doh memang sedikit lembut tapi semakin anjal bila di uli dalam jangka masa lama (nak senang guna mixer atau bread maker).....Ok, ni mat sertakan doh asas bun manis yang terdapat dalam buku beliau....
BAHAN DOH BUN MANIS :-)
A ...
480 g tepung roti (high protein flour)
120 g tepung gandum
110 g gula halus
10 g garam
20 g tepung susu
4 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)
B...
1 biji telur
300 ml air
C...
60 g mentega
D...
Inti epal secukupnya (boleh rujuk sini...)
1 kuning telur*
1 camca besar susu cair*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH BUN MANIS :- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......
- UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu mat gunakan untuk membuat resipi2 roti di bawah ini..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung seperti dalam gambar. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 50 minit hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
- Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya ...Selamat mencuba!!!
13 Comments
cantiknya roti cik mat!
ReplyDeleteain...
ReplyDeleteAdoii!!!, tu yang cantik, ada yg tak cantik juga, tapi segan nak tunjuk...hehehe
marbeles la ko mat..!
ReplyDeletetabik springgggg :D
Mat ,pandai buat roti,creative pulak dgn design tu!..Kenapa I tak nampak buku Alex Goh tu? Lain kali balik kampung I boleh beli buku tu..
ReplyDeletekak combi...
ReplyDeleteAlah hai kak, ko jgn tabik2 kat akuu. dah mcm tentera pulak..ahaks, yg tak lawa koo tak tgk lagi, rupa tak hapa2 u..
beachlover...
Ada, di kedai baking yg selalu i beli barang tu, ada complete set buku alex goh..i suka lah buku dia, kalau buat roti kan....selalu jadi cantik..
Sangat menggoda jiwa dan raga bakul kakrinn. Sat gi nak pi tadah raga..kotlah boleh dapat seketul dua roti ulat gonggok tuuu.... hu hu hu..
ReplyDeleteAduhaii menggodanya roti mu itu Mat oiii..Minggu ni makan roti je ya Mat? Ko diet ker? Kalau pekena minum petang pun best ni..x yah makan nasi dah malam eh..hehe
ReplyDeleterinnchan...
ReplyDeleteKak Rin, kalau dok sebelah rumah, apa lah salahnyaa...mmg jadi byk tu kan, kebetulan laa ni kami 3 baranak je kat rumah + anak sedara yang mai sekejap2...
kak ummi...
Mmg betul tuu, buat minum petang sambil hirup2 kopi..adoii bestnyaa...lagi2 kalau hari hujan..Jgn syok minum2 petang, tgk2 banjir!!!...
perghh mengancam nye roti ko mat.....nape x ckp,klu x smlm aku terjah uma ko...huk3x
ReplyDeletemat, sorry la nak tanya, tapi bukan pasal roti tapi pasal apam gandum...nape kita buat, dia tenggelam kat tengah...dah 2 kali buat pun tenggelam gak...cam titanic lak
ReplyDeletesis-linn...
ReplyDeleteAiseyy..tatau pulak koo balik semalam..hehehe, alasan lahh tuu kann...tak pe nanti kalau ko nak dtg aku buat ek. roti.
hayatibadri...
Hmm, kalau mcm tu lah, cuba lain kali u kurangkan air, bancuh pekat lagi....
Mat dah kena sampuk mambang roti ye? Tapi mesti mambang power ni sebab roti lawa-lawa cam Mat, bukan mambang tu ye.. hehehe..
ReplyDeletemamafami...
ReplyDeleteHehehe..alah hai mana nie....kita kena sampuk sikit je maa, mama lain lah kalau kena sampuk sampai boleh meniaga....