BAKWAN TIRAM PEDAS

Bakwan Tiram Pedas

2 - 3 hari lepas mat jalan2 ke blog "SupJagungManis" kepunyaa "Deetha", ternampak dia buat "Bakwan Tiram Pedas" atau di Malaysia boleh kita panggil "Cucur Cendawan Tiram Pedas", respi dia mudah dan yang penting cendawan tiram tu mesti segar....

Bakwa Tiram Pedas

Rasa sedap dan cucurnya tak berminyak sangat, walau pun menggunakan tepung berserbuk penaik, mungkin ada campuran tepung beras dalam adunannya. Jadi kalau macam tatau lah nak buat apa untuk minum petang, bolehlah mencuba....Terima kasih pada Deetha...



BAHAN-BAHANNYA :-)

A...
1 cawan tepung beserbuk penaik (self-raising flour)*
1/2 cawan tepung beras*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
3/4 cawan air ( kurang lebih)

B...
2 biji cili padi, hiris halus (mat guna 1 biji cili merah)
80 g cendawan tiram, potong kecil
1 genggam hirisan kobis (mat ganti dengan 1 biji bawang besar)
1 pokok daun bawang, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 "A" dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan "B", gaul hingga rata. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, rendam sudip leper dalam minyak tadi dan biar hingga panas. Tuang satu camca besar adunan no. 1 atas sudip panas dan rendam dalam minyak, biar hingga adunan timbul.
  3. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga siap. Hidangkan bersama sos cili atau tomato untuk minum petang.....

Post a Comment

8 Comments

  1. baru ni prnah dngr..nnti lin try le,mana lak nk cr tiram segar ni...

    ReplyDelete
  2. kalau buat sarapan pagi pun sedap jugakan che'mat colek dgn cili sos or sambal cuka macam jemput2.

    ReplyDelete
  3. ni le 1st time dengar bakwam ni. mcm cucur kan.

    ReplyDelete
  4. Mat, xpa la ko x hantar bakwan tu sini..tp sampai hati ko tayang tea set biru itu..pedih mata tul tengok..huhuuu..Cantik sesangaaaattt!!!

    ReplyDelete
  5. maaf ...buat pertama kali saya tak dapat memfokuskan pandangan pada masakan Cik Mat , kerana terjatuh cinta pandang pertama pada tea set tu... cantik giler !! beli kat Claytan place tu ker..?

    ReplyDelete
  6. sis - linn...
    Linn, bukan "tiram" segar leer, "cendawan tiram" segar....kalau tiram segar kos jejemput tu sure naik mendadak..hehehe

    datil el...
    mmg betul cicah cili sos sedap, dgn sambal tumis pun sodap!!!

    ain...
    ha ahh..bakwan tu sama mcm cucur...ada lagi satu kan kalau baba n nyonya panggil "bakwan kepiting"....

    kak ummi...
    Uikk mana leh kak, kalau dah hantar set biru tu, kena sertakan sekali bakwan tiram tu, baru leer real..

    deedah..
    yep...mula2 dulu mat beli pinggan makan dia kat Parkson, harga very the cekik darah u, sekali tgk kat claytan ada, jual, dgn gigih nya kita rembat segala yg ada...rasa2 nya pattern ni dah tak keluar lagi laa...

    ReplyDelete
  7. oh... bakwan kalau di malay namanya cucur ya? hihihi
    baru tau awak ni :D:D

    ReplyDelete
  8. deetha...
    Terima kasih yea, aku suka banget bakwan tiram pedas...enak ubtuk minum pagi atau petang!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.