BEN ASHAARI

Wednesday, March 11, 2009

MEE HOON GORENG

Mee Hoon Goreng

Jemput makan mee hoon goreng...petang2 ni kat Sedenak cuaca mendung, berangin dan hujan renyai2...nyaman sungguh minum kopi+halia, mee hoon goreng dengan ulam timun, tomato dan tak lupa sambal tumis petai!!!.....Jangan lupa perah sedikit jus limau kasturi sebelum dimakan yeaa.. Hidangan ni boleh dimakan lebih dari 6 orang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mee hoon, ceur dengan air panas hingga lembut, toskan
1 keping fish cake, dihiris
1 keping tauhu keras, didadu kecil, goreng dan toskan
150 g daging batang pinang, dihiris, cuci dan toskan
100 g udang kecil, dibuang kulit, cuci dan toskan
150 g taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 pokok sawi, asingkan batang dan daun, potong, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
Kicap cair secukupnya
2 biji cili merah*
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan cili
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Telur dadar, dihiris halus
Sambal tumis
Hirisan timun dan tomato
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau rata. Tambah daging dan tuang air (anggaran 1 cawan). Masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan udang, tauhu, fish cake dan batang sawi, kacau rata dan tambah kicap cair (2 - 3 camca besar). Masukkan mee hoon, gaul rata dan tambah daun sawi dan taugeh. Kacau lagi hingga semua sekata.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Matikan api.Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan segera....Enak dimakan selagi hangat..

7 comments:

ain said...

salam cik mat...ngences sih tengok mee cik mat.

Fara said...

sedapnya mee hoon grg ni....siap sambal petai tu.

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cik mat...walaupun bihun grg...tp rupenyer tetap menggoda...lagi2 ade sambal petai tu...aduiii

The Malaysian Batik said...

Aduhhhhhh mak aiiii sedapnyeeeeeee.....this is pure torture... :(

QiStinA's said...

adus...terus lapar tgk mee hoon goreng tu..he..he

ZaiY said...

tgk bihun cikmat rasa mcm nk g buat skrg jerk..
sambal tumis petai atas bihun tu yg mahal tu..

Ummi said...

Salam Sabtu Mat, sedapnya muffin ko tu, elok je naik tinggi gitu..Ari ni ko x g shopping ke Mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.