BEN ASHAARI

Monday, February 23, 2009

MEE KARI

Mee Kari

Hari ni mood nak bercerita agak kurang, mulut rasa berat, nak senyum pun macam malas....Kenapa lah agaknya....Ok lah, kita makan mee kari dulu, hal2 lain, cerita kemudian...

BAHAN KUAH :-)

300 g daging @ 1/2 ekor ayam
10 - 15 ekor udang, dibersihkan
250 ml pati santan
1500 ml air
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 batang terung, didadu
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
BAHAN MEE KARI :-)
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan
Taugeh, dicelur sekejap
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan daging @ ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga daging/ayam lembut. Masukkan lobak. tomato dan udang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa. Bila mendidih, masukkan terung. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....

7 comments:

Ummi said...

Mat, apasaiii mulut rasa berat, xnak senyum lak, ko sakit x sihat eh..Dah jumpa doktor, dah makan ubat Mat? Tapi kalu tengok mee kari tu cam orang yang masak tu sihat jek sebab rajin lagi masak...Apapun, have a good rest ya Mat.. :D

princessharyati said...

ngapa cik mat ... pinggan mangkuk pecah gak ke?...hahhahah...jgn berjangkit dah dgn kak cik... kalu pinggan mangkuk pecah tu mmg boleh rasa tak sehat...

cikmanggis said...

Biasa la tu mat,ada masa kita rasa xde mood nk berckp,ada masa sayu je terutama bila hari hujan..sedih x bersbb tapi bila tengok mee kari ni...mewahnya..udang gadang-gadang..Burppp!..sendawa cikmanggis

SiS-lin said...

adehhh laparrrr...tp isinye yg mengoda i u...ahakksss

CT Delima said...

kita nak mee kari tu 2 mangkok yer matttttt!

Beachlover said...

Mat,jangan makan seorang tau!! simpan sikit untuk I...hmmm..kesian la sini tak ada limau kasturi...Ok la.. besok I nak buat laksa lemak mee jugak! lol!

Lady QisMar said...

tengah ngidam nak makan mee kari :-). akan try masak resipi ni hujung minggu ni. tima kasih kongsi resipi.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.