BEN ASHAARI

Monday, December 15, 2008

TAUHU GORENG SINGAPURA

Tauhu Goreng Singapura

Cuaca hujan sepanjang hari, nak masak pun rasa malas...Tapi yang ni orang malas pun boleh buat, senang, sedap dan sihat. Resipi "Tauhu Goreng Singapura", mat dapat dari buku masakan "Chef Wan". Ianya ala2 rojak tapi lebih simple, yang buatkannya lebih kick ialah sos kacang yang pedas!!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

7 comments:

Mommy Lily said...

wah mmg feveret ai la tu tauhu. blh cuba ni. tq cik mat

ummu_hanis said...

peberet ummu nih bang mat.
makcik ummu kawin ngan org s'pore.
pakcik tu pandai sgt buat mende nih.
penah bukak stall jual mende nih.
sedap sangat.
tapi pakcik tu dah arwah dah.
takde la merasa air tgn die lagi.
kalau makcik buat tak sama rasenye.
bang mat punye nih mesti sedap. nak sket.

Azita said...

tengok je dah berselera. ptg ni mesti buat!

CT Delima said...

mat sedap nampak rojak s'pore ni..tapi kalau ct makan apa yg ada taugeh..ct mesti ckp x moh taugeh hehehe x mkn ler tu :)

mieoney said...

wah menyelerkan..bleh wat tuk tauhu bakar gak cmnie kan..nyum

Judith said...

Oh my God..look very delicious!! so yummii.. Hampir sama dengan rujak ya Mat?

Good luck :D

ct N honey said...

menyelerakan..saya linkkan resepi ni dlm blog saya ye.tq Anak sulung lebih bertanggungjawab