BEN ASHAARI

Sunday, December 14, 2008

NYONYA CHAP CHAI

Nyonya Chap Chai

Jom makan masakan nyonya...sat lagi mesti ada yang pening, sambil garu2 pala..ye lah skit2 masakan nyonya...Biasa lahh benda ni kan salah satu hidangan "fusion" yang femes ciptaan kaum peranakan...

Nyonya Chap Chai

Lagi satu benda2 yang digunakan bukannya "HARAM"..semua kita boleh makan. Kat dalam dunia ni ramai lagi manusia yang makan benda yang dilarang...Macam dah tak cukup makanan "HALAL"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g udang kecil (mat guna udang "kertas", jadi tak buang kulit)
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris halus
2 camca besar tauco
2 camca besar kicap cair
Secubit gula dan garam
4 keping cendawan telinga tikus (black fungus)
1/2 cawan kincam, disimpul, rendam 10 minit dan toskan
30 g fucuk, dipotong kecil dan rendam
300 g kobis, hiris (mat ganti dengan bunga kobis)
30 g soo hoon, rendam dan potong pendek
1/2 cawan air
2 tangkai daun bawang, dihiris untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putihm dan bawang besar hiris hingga layu, masukka tauchu dan masak hingga harum, masukkan udang, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan kicap cair, fucuk, kincam dan cili hiris, kacau rata dan kecilkan api. Masukkan soo hoon, kacau rata dan masak hingga fucuk lembut, tambah secubit gula dan garam (jika perlu). Kacau dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan..

4 comments:

Beachlover said...

oh sedap nya..chap chai ni..dah lama tak makan mak saya punya hidangan..pandainya Mat masak makanan nyonya!! syabas!!

ninoZ said...

errr encik mat..

chap chai nyonya kene ada hirisan ubi sengkuang kan?

Mat Gebu said...

Beachlover...
Mesti mak u pakar dalam masakan "nyonya"....

ninoZ...
Memang ada yang letak, tapi mat tak letak...kalau nak pun boleh tak salahkan..

CT Delima said...

ini kalau ct mkn harus x nampak CM ni tau..sedapnya mat..cendawan mmg my pabret ni :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.