BEN ASHAARI

Thursday, November 20, 2008

AYAM MASAK MADU

Ayam Masak Madu

Resipi asal nama Ayam Merah Masak Madu, tapi kan tersilap u tulis kat gambar tu, ayam masak madu je..mintak amponn kat Lelayong (mat ambik dari blog dia...). Rasa ala2 masak sos, tapi harum dan sedap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

1 comment:

Faheem Jr said...

salam mat...tetiba cikmin rasa nak makan ayam masak madu ni..nak yang cara masakan mat..hehehe..mabeles!

betul tu..dah memang ayam itu jugak kegemaran cikmin dan anak2..

halalnye mat resepinya.. :)

www.cikmin.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.