BEN ASHAARI

Tuesday, September 9, 2008

ROJAK PETIS

Rojak Petis

Jom makan rojak petis untuk berbuka puasa.....Cerita banyak pun tak guna, apa kata kita try buat yeaa....Kalau nak pedas boleh tambah cili padi!!!

BAHAN SOS PETIS :-)
1 botol kecil petis/otak udang
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
3 - 4 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar*
5 - 6 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1 cawan air
1 cawan kacang tanah tumbuk

BAHAN ROJAK :-)
2 keping tauhu, goreng dan potong kecil
1 biji timun, cuci dan potong kecil
1 biji sengkuang, kupas, cuci dan potong kecil
1 cekak kangkung, cuci, siang dan celur sekejap, toskan
300 g taugeh, cuci dan celur, toskan
1 biji nenas masak ranum, kupas dan potong kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan2 sos kecuali kacang tumbuk, dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga sos pekat. Sejukkan.
  2. PENYEDIAAN ROJAK :- Dalam satu bekas, masukkan sos petis, kacang tanah secukupnya dan cili padi yang telah ditumbuk (jika suka). Kacau rata dengan senduk hingga rata. Kalau kurang manis atau masin boleh tambah gula atau kicap masa ni. Kacau hingga semua sebati.
  3. Masukkan bahan2 rojak dan gaul rata. Hidangkan segera.....

5 comments:

alang said...

Kak sukalah blog anda. Ada hiburan lagi esp. ikan lapar. Terima kasih.

Lidia Sianturi said...

bikin ngiler (drooling) nih rujaknya...mau dong...

VG said...

Vin baru habis makan kuah rojak yang Mak Vin bawak all the way from Alor Stak. Now Vin boleh buat kuah rojak - copy resipi Mat aje.Thank you for sharing.

LMj said...

adoii la leleh air liur aku. tingat balik kg haritu beli tapi tak sempat makan. kat kl ni mana nak carik rojak petis ni...

Ummi said...

Alahaiii rojak pulak keluar hari ni...x tahan tgk petis dia tu..sedap nih!! Mat, nnt pegi rumah amik tag eh..ko jwb soklan betul2 tau, jgn tipu2..hehee