BEN ASHAARI

Tuesday, August 5, 2008

SARDINE PUFF

Sardine Puff

Salam semua, semalam dengan pertama kalinya mat gunakan "puff pastry"...kesian kan, benda dah ada lama kat pasaran , aku yang dok kat kawasan ulu ni, payah nak jumpa..Baru2 ni je terjumpa, terus rembat 2 pack. Jadi semalam projek membuat puff sardine pun bermula...senang, cantik dan sedap. Sepatutnya memang kena simpan 1 atau 2 pack kat rumah masing2, sebab utama, ianya mudah nak digunakan dan boleh dipelbagaikan ikut kreativiti kita.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang
1/2 cm halia, dicincang
2 biji cili padi, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan mix vege
1 kuning telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang.....

14 comments:

Suzi said...

salam...
cantiknya puff tu... betullah setiap rumah kena simpan pastry ni...senang kalau tiba2 ada tetamu dtg...byk kuih yg cepat dan sedap blh buat pakai ni...

somuffins said...

Salam saudara Mat.. dah lama kita dok ngendeng kat sini (hehe, kaver muka dgn tisu ni). Dlm esbok kita ada puff pastry ni. Dah lama menyepi kat dlm tu... Ur puff sardine gives me semangatlah. TQ

MamaFaMi said...

Oh, kalau pakai kipas lagi baik hasilnya ye Mat. Nanti nak trylah. Hari tu ma baru je beli peket Kawan yang 25 keping sekali tu... tak main dah beli yang 10 keping punya! Muahaha.... Cantik sungguhlah puff sadin Mat ni!

Mat Gebu said...

suzi...
Sepatutnyakan, lagi pun dekat2 nak bulan ramadhan ni, lagi senang kalau ada puff pastry..

somuffins...
wooo...ada stok puff pastry ek, boleh lah cuba ek...

mamafami...
Uikk, mama ada yg isian 25 keping ek..wahh nak beli jugak lah buat stok..Betul mama, guna fungsi kipas (pertua dari "Martha Stewart), tapi kalau oven tak de kipas, jgn pulak letak kipas angin dalam oven yeaa....ahaks!!!

Ummi said...

Wah, cantik punya "kelar" sardin puff tu mat..ish ish..rasa nk ngap terus jek! Lama dah x beli pastry puff ni..kdg2 guna sikit, lama pulak duk beku dlm fridge..ya la brg mahal lak tu..sini beli kat kdai brg2 kek ada jual, 1 kg pastry ni rm16 tau..Nmpak gaya kena beli jugak laa tuk pose ni ek! Pandai Mat..hehe

Suryati said...

best nyer puff tu...i pnya puff pastry dah 5 bulan beku dlm fridge tu...tak buat2 gak...tapi lepas tgk puff cik mat...teringin nak buat plak...ahaks...

ICook4Fun said...

Cantiknya sardin puff Mat. Sekarang I pun teringin nak buat ni jugak tapi kena cari sardine dulu. Sardine dengan tomato sauce susah sikit nak cari kat sini. Kena pergi Asian store.

rinnchan said...

Sangatlah betulnya...bila darurat, puff pastry ni selalu jadik penyelamat. Tak yah nak susah2 singsing lengan menguli doh heh heh heh... Tinggal buat inti, lipat lipat dan bakar...siap !! Sungguh ayu lah puff che mat tuuu....

Mat Gebu said...

kak ummi...
Ahak, itu bukan kelar sebarang kelar..kita dah jampi serapah..sapa makan teringat2 sentiasa!!!!....hehe.

suryati...
Uikk dah beku 5 bulan!, tak pe pasni boleh buat projek yeaa puff pastry yeaa..

Gert...
Gert, kalau guna sardine yg tak de sos tomato i rasa pun ok juga, tapi rasa lain sikit kan..

Rinn...
Betull tuu rinn...senang kan, lipat dan bakar...Hahaha, puff pastry ayu..adoiii....tergugat ke"jantanan" kuuu..ahakss!!

Faizah said...

cik mat..kat france ni mmg ada mcm2 jenis pastry..utk buat pizza,pie,tartelette dll..kadang2 tu masalah jugak nak pilih yg mana sesuai..tp dah tau dah yg mana sesuai utk buat puff mcm ni..suka!

Mat Gebu said...

faizah...
Bestnyakan, sebab senang lah mcm tu kalau nak buat apa2, kat M;sia ni kalau yg dok kampung mcm mat, ayah ckit nak cari puff pastry.

SURYATI said...

Teringin jugak nak buat tapi nak pergi beli puff pastry tu yang lecehnya......

Kak Ungku Betty said...

Mat Gebu...hari ini untuk pertama kalinya Kak Ungku buat sardine puff ni guna puff pastry jenama kawan tu.
Heehe dia naik gebu...cantik dan sedap kata my hubby. So sekarang saya tak payahlah susah payah uli doh. Kak Ungku guna yang instant shj.

Terima kasih ye Mat Gebu...and of course I'll stock pile some packs in my freezer. Senang, cepat dan lazat.

Habibah Ersallina Ersallina said...

cantik giler.mhon share.klau nk buat kcik2bleh ker

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.