BEN ASHAARI

Monday, July 7, 2008

SUP KUEY TEOW

Sup Kuey Teow

Cuaca panas2 nikan kalau kita makan mee sup sedap....Oleh yang demikian atas daya usaha untuk menyimbah tekak ku yang kegersangan ini, kita pun buat lah sup kuey teow, tapi bukan sebarang sup, ini siam mari woooo....tapi "halal" punya okeyyy!!!!..

Bahan-Bahannya :-)
500 g kuey teow kering, rebus hingga lembut dan toskan
3-4 biji telur rebus
300 g udang sederhana besar
200 g sotong
100 g daun selasih
Hirisan cili padi
Hirisan limau nipis

Bahan Kuah :-)
3 camca besar pes rempah masaman (resipi dibawah)
3 hirisan lengkuas
3 batang serai, dititik
2 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
2 liter air
3 helai daun limau purut
1- 2 camca teh gula
Sos ikan secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK KUAH :-Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus dgn sedikit air selama 20 minit, toskan dan tambah 2 liter air utk kuah dan semua bahan utk kuah kecuali sos ikan. Renih selama 30 minit. Kemudian tambah udang, sotong dan sos ikan secukup rasa. Biar mendidih lagi 5 minit dan matikan api.
  2. UNTUK PENYEDIAAN MEE :- Masukkan mee secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah secukupnya bersama udang dan sotong, hias dgn belahan telur, limau nipis, daun selasih dan cili padi. Hidangkan panas.

REMPAH MASSAMAN

Rempah Massaman

Rempah yang digunakan membuat sup utk mee diatas. Rempah ini boleh diisi dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Boleh digunakan utk membakar ikan dan apa2 jelah yang rasa sesuai...

Bahan A :-)
100 g bawang merah
80 g bawang putih
1 hirisan lengkuas
3 btg serai, dihiris
10 - 15 biji lada putih
1 inci belacan
5 kuntum bunga cengkih

Bahan B :-)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan putih
2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Kisar bahan A hingga halus. Gaulkan bersama bahan B hingga rata. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis rempah tadi hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Sejukkan rempah dan isi ke dalam botol yang bersih, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

3 comments:

Cik Puan Kesum said...

salam mat

meleleh air luir ct tgk ur keow tia ni..lama dh tak mkn since dtg sini.

mat pakai yg kering brand apa?mana tau,ada kt sini

MyPeriukBelanga said...

aisey matt! apo kato kito lagokan me kanton gua dgn me teow lu itieww....mesti jadi pelik bin ajaib. penuh mangkuk j****n nanti kang, ahaiii...ampunnn semua!

btw sodap nmpk bumbu massaman tu. eden ingatkan masslamat tadi ahak! baik den cabut dulu sobolom den kono saman! *keduk2 lari sembunyi blakang doktor ismadi* :P

amaruszati noor rahim said...

mat, rasa lapau benau perut ni kalau masuk dapur mat. bila apat rasa air tangan mat ekkk