BEN ASHAARI

Monday, June 30, 2008

IKAN MASIN GORENG ASAM

Ikan Masin Goreng Asam

Yang ni mudah disediakan...makan dengan bubur...Haiyooo!!!!, manyakkk sedappp waa cakap sama luu beb!!!! (tapi itu waa punya tekak ada kata sedap laaa!!!), makan dengan nasi hangat pun sedap...Resipi asal dari "Florence Tan"....itu chef nyonya dari Melaka!!!

Bahan-Bahannya :-)
140 g daging ikan kurau, hiris nipis dan rendam sekejap, toskan
2 tangkai cili kering, cuci bersih, dan potong serong
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cm halia, hiris halus
300 ml jus asam jawa
1 1/2 camca besar gula
1/2 camca teh lada sulah (mat guna lada hitam)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), goreng ikan masin tadi hingga garing, angkat dan toskan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air asam dan biar mendidih.
  3. Tambah gula dan serbuk lada sulah dan renih hingga kuah pekat. Angkat dan tuang atas ikan masin tadi. Hidangkan segera dengan nasi hangat atau bubur nasi...(dalam gambar tu mat termasak lama, tu pasal nampak kering kontangg!!!)...

4 comments:

VG said...

Hi Mat...sedapnya. Mesti try soon.

Mat...still interested in the nyonya ware. Where did you get it? Vin betul betul suka. Cuba cari di net tapi tak nampak. Kalau sudi, tulis Vin di v-g@live.com.au

Regards
VG

MamaFaMi said...

Huhuhu...ikan masin cannot oo... wait my blood go upstairs!

Mat Gebu said...

vg...
Ok nanti i email u more information about nyonya ware..ok!!

mamafami..
ooo ada 'blood go upstairs" ek..sama lah dgn my mom. Mama rendam lama2 ikan tu, nanti jadi tawar...

echah_syed said...

combi selalu buat ni..mkn nasi bertambah2..smpi bdn pun kembang setaman :p

yummy!..combi suke sgt time sahur selalunyerr :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.