SAMBAL TAUHU & UDANG

Sambal Tauhu & Udang

Hari ni kita masak "sambal tauhu dgn udang". Boleh makan dengan nasi, roti, lempeng ( or "pancake"..hehehe) dan nasi lemak....

Bahan-Bahannya :-)
3 keping tauhu keras
250 g udang sederhana besar
1 biji bawang besar, potong bulat
1/4 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang utk hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Tauhu dipotong 9 setiap keping dan goreng terendam hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Udang dikupas kulit, buang urat belakang, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan sos cili. Masal hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang jus asam jawa dan masukkan gula. Bila mendidih, masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan tauhu tadi dan tambah sedikit garam. Masak hingga sambal pekat.
  4. Rasa dan jika ok boleh diangkat dan alihkan ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum menghidang.....Boleh lah makan pastuu!!!

Post a Comment

5 Comments

  1. Uiihh mat...tolong hulur sikit saputangan kat kak ni..x tau le..meleleh air liur tgk sambal udang ko ni..x patut betul ko makan sorang2 jek! Akak tengah pantang ni tau..hehe..pantang jumpa, pantang diajak, pantang dijemput..wakakaa.. :))

    ReplyDelete
  2. Aduhai, kena gi cari udang jugalah nampaknya. Memang bertuah betul budak Mat ni tau!

    ReplyDelete
  3. kak ummi...
    Laaa tak sangka pulak kak umi tgh pantang....pantang nampak ek?..ahakss...

    mamafami...
    hehehe...mama, jgn lupa rembat udang yg besar2 skit...

    ReplyDelete
  4. salam ..

    saya dari melbourne dan slalu singgah rumah Cik Mat. Sungguh seronok belajar memasak secara maya dari Cik Mat. Semoga Allah meredhai usaha Cik Mat, Ameen.

    nur

    ps: Kebetulan, hari ini saya pun masak sambal tumis udang dan tahu!!

    :)

    ReplyDelete
  5. salam nur..terima kasih kerana sudi singgah...Mat pun tak delah pandai mana masak, setakat boleh2 saja...Dan terima kasih juga yeaa, doakan utk saya tu...moga kita sama2 menerima manfaat....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.