BEN ASHAARI

Sunday, June 8, 2008

BERRY CHEESE MUFFIN

Berry Chese Muffin

Muffin yang sedap, lembut dan rasa yang begitu menawan. Resipi asal dari "Biduri", tapi mat ubahsuai sedikit berdasarkan apa2 bahan yang ada dalam stok....

Bahan-Bahannya :-)
150 g cream cheese
150 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
110 g gula halus (mat letak 100 g saja)
3 biji telur gred A
50 g kismis
30 g kacang pecan, cincang kasar (boleh guna apa2 kacang yg digemari)
160 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit strawberry filling

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau pun gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan keju hingga bersatu, masukkan gula, terus memutar hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan kismis dan cincangan kekacang, kacau hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Letak sedikit strawberry filling diatas adunan muffin. Buat hingga siap. Bakar 25 - 30 minit, atau hingga masak, bergantung pada keadaan oven masing2.....

6 comments:

Dianne said...

kcg panjang bleh ker? kcg botol ker? wakakaka

siti said...

Salam bro mat, kak siti nak tanya utk kekacang ni nak d bakar dulu ke?

Mat Gebu said...

dayang...
uikk..hehehe, itu macam kalo, kacang bendi pun boleh gunakan jugak laa..ahakss

siti...
salam kak siti, utk kekacang tu boleh juga digoreng tanpa minyak hingga wangi dan cincang kasar, guna kacang tanah pun boleh...

MamaFaMi said...

Amboi, cantik jelita muffin Mat ni...

Mat Gebu said...

mamafami...
hehehe, muffin cantik jelita yeaa...hahaha mama ni kan mcm2 jee laaa...ahaks, kalau roti, "macho"lah ek?...

Putri said...

salam cik mat,
saya dah try resipi ni.thank u very much.tertunai hajat mengidam nak makan berry muffin.
nak mintak izin untuk share resipi ni di blog saya.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.