BEN ASHAARI

Friday, April 11, 2008

RENDANG UDANG GALAH

Step By Step 1209

Jom kita makan "Rendang Udang Galah"....lupa kan kejap pasal kolestrol atau pun alergi (macam mat nihh!!!)......tapi perlu diingatkan, apa2 kejadian selepas makan masakan resipi ini adalah atas kehendak diri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan tuan tanah atau pun penyumbang resipi...Harap Maklum!!!

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang galah (udang lain pun ok, kalau nak guna ketam pun bolehh!!)
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*\
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.....

7 comments:

zaitgha said...

if my oldest boy dapat this dish, i think he could finish 1 kg with no problem he he...looks very tempting but malu la tak reti siang udang nih...

I Cook4Fun said...

Sedapnya Bang Mat!!! I tengok udang galah tu I nak jilat my computer screen. Seksa betul!!!

pat said...

adoi..menyeksa mata dan tekak!

Abang Mat,boleh tanya ke...Macam mana nak buat aising and jenis aising yg keras tu..yg boleh bentuk2 ikut suka?

echah_syed said...

kalo bole jd superwoman nak fly p kluang mkn udang besaQ hg tu mat oiii!

seksa mental ku mat :(

Mat Gebu said...

Datin Zai...
Mmg, mat pun suka tapi kalau overdose makan udang, terus bibir jadi 'labuh"..hehehe.

Gert..
eh u boleh guna ketam, kat sana seafood lagi ada macam2 kan..

Pat...
aising yang guna deco utk cup cake tu ke, dan boleh buat bunga rose yeaa..

Kak Combi...
Salam kak combi..uik jgn terbang sembarangan, takut disambar "garuda"

shailajah said...

abang mat,
sedapnyyaaaaaaaaaaaa rendang udang galah tu. now i really missing malaysia. :(. boleh i tanya...
is there any substitute for daun kunyit. and instead of asam gelugor.. can i use asam jawa? please help

mak farhah said...

nak tumpng tnya psal resipi ni.
kalau guna cili kering bleh ke?

tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.