BEN ASHAARI

Sunday, February 24, 2008

SAGO PEARL PUDDING

Resipi dari "Gert"....dia buat cantik dan comel2...geram wooo!!!! Itu yang teruja sangat nak mencuba, rasa sedap dan rupa pun cun....kalau rajin boleh cuba buat yeaa....

Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)
  1. Redam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
  2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
  3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
  4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
  5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
  6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!

10 comments:

ct payong said...

waah....sedapnya n cantek n anggun,malu la saya.

are said...

ni mesti ku coba ni...semua bhn dah ader..!!!

|| syazwaniadnan || said...

waaaaaa, nangess tgk gmbr ni.. sangatt suci dan murni dan ikhlas je 'mood' gmbr ni.. heheh. mesti best kan cik mat :)

KakYu said...

cantiknya makanan tu...sayang nak masuk mulut...mau sebelum masuk mulut cium dulu kot sebab sayang nak ngap... ni kalau kakyu buat mesti ada yg jadi ultraman lg ni...

Mat Gebu said...

ct payong...
Alaa, jgn lah malu, u tak tau mat kan kalau di alam nyata lagi maluuu gila tahap cipan u....

are..
cuba jgn tak cuba, sebab senang dan mudah, kalau dah sejukkan dalam peti ais, lagii sedap u..

syawani..
hehehe...ikhlas suci lagi murni...ada cop sirim lagi u

kak yu..
kalau makan ni silap mak dgn ayah dia pun ikut sekali jadi ultraman, sebab kaler ala2 traffic light gitu@!!

Roylazim said...

wow,cantiknyer...menarik sungguh lar..*clap-clap*..

I Cook4Fun said...

Thanks Abang Mat for trying the recipe. Senangkan buat ni :) :)

Mat Gebu said...

roylazim..
terima kasih..mmg menarik dan cantik, terima kasih pada "Gert"...puas hati laahh!!!

Gert..
Sama2..dan terima kasih pada u juga kerana berkongsi resipi....

biecute said...

wah swdpnye...

Aqil said...

Salam..CMG halal ye resepi nih..dh try sedap ;D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.