BEN ASHAARI

Saturday, February 16, 2008

NASI LEMAK HIJAU

Satu resipi yang dah lama mat teringin nak buat, "Nasi Lemak Hijau", rasa dia seakan2 nasi beriani tapi versi nasi lemak, sedap dan harum ala2 bau kuih bakar pandan....
Resipi asal mat dapat dari "Amy Beh", tapi dah modifey sikit. Boleh dimakan dengan sambal udang, ikan goreng, telur dadar, ulam timun dan tomato atau dengan apa2 jelah yang rasa sesuai...Jom kita cuba..

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan
1 biji kelapa diparut
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Sampingan :-)
Sambal tumis udang (resipi dibawah)
Hirisan timun
Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng
Telur dadar

Cara membuatnya :-)
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.