BEN ASHAARI

Sunday, February 3, 2008

NASI AIR SIAM

Ini resipi yang dah lama mat nak cuba, nasi air siam, nampak simple dan macam 'biasa2" je, tapi sekali cuba mesti bertambah lagii u!!!...Resipi dari "SitiAzma"....memang sedap, kalau masa demam makan ni, laaagiii sedaapp!!!....

Bahan Utama :-)
Nasi, dimasak lembik bersama daun pandan
500 g daging batang pinang, dipotong besar*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih,dititik*
2 liter air*(*rebus bersama daging hingga empuk dan asingkan daging dari stok)
5 inci halia, ditumbuk


Bahan Air Lada :-)
1 genggam cili padi (kurang lebih 15 - 20 biji)
1 ulas bawang putih (resipi asal tak letak ni)
4 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
Ikan bilis goreng
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Belahan limau kasturi
Sedikit mee hoon garing (mee hoon, dicuci, sejatkan dan goreng terendam hingga garing, mat guna soon saja...)

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :-) Daging yang diasingkan tadi, dihiris nipis2 dan gaul bersama halia tumbuk, biar terperap sebentar. Kemudian goreng hingga garing, angkat keluar daging dan saki-baki halia dalam kuali dan toskan atas paper towel. Stok daging tadi ditambah garam secukup rasa, boleh tambah sedikit gula jika suka (mat tak letak gula, tapi tambah 1 camca teh serbuk lada hitam).
  2. UNTUK AIR LADA :-) Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan sedikit garam dan gula(lebih sedikit), terus menumbuk hingga betul2 lumat. Masukkan cuka, gaul rata dan alih ke dalam bekas lain.
  3. PENYEDIAAN NASI AIR SIAM :-) Dalam mangkuk sesuai, cedok nasi lembik ikut kuantiti yang diinginkan. Tuang stok daging tadi sehingga hampir penuh, letakkan daging goreng dan bahan2 sampingan. Hidangkan bersama air lada dan bolehlah makan....hmmmm...sedapp!!!!

3 comments:

siti said...

Terima kasih AMG! Kalau tengah tak de selera makan, atau demam ke takde mood ke..makan lah Nasi Air Siam. Letak air Lada banyak2..biar berpeluh..terus sembuh segar semula!! Hehe...

Mat Gebu said...

Betul tu CT...tapi mat suka daging dgn saki-baki halia goreng yg rangup dan garing....

PakManJutawan said...

bawang putih kat daging nak wat pe?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.