MUFFIN STRAWBERI BERCOKLAT



Resipi dari "yani"....pakar dalam membuat muffin dan puding.....wish u all the best Puan Yani.

Bahan-bahannya:-
120 g mentega
140 g gula perang (brown sugar)
20 g gula halus (gula kastor)
2 biji telur gred A
300 g tepung gandum*
1 camca besar serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
120 ml susu segar
10 - 12 biji strawberry segar, belah 4 setiap biji
100 g coklat cip

Cara membuatnya:-
1- Pukul butter hingga putih, masukkan gula dan terus memukul. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.

2- Masukkan tepung berselang dengan susu hingga habis. Akhir sekali gaulkan potongan strawberry dan coklat cip hingga mesra.

3- Isi ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 - 25 minit.

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam Abg Mat,salam perkenalan dr sy yg jauh di Australia nie.Saya perhatikan kenapa untuk buat muffin(yg menghasilkan 12 biji) resepi tepungnyer berbeza2.Saya pernah baca dalam buku resepi muffin di sini,biasenye berat tepung yg digunakan untuk pelbagai resepi muffin sama jer, rase je yg lain.
    Satu lagi soalan, di Mesia mana nak dapat yer bekas mufin yg pelbagai seperti yg Abg Mat punyer ni.Macam2 bentuk.Syok la tengok.Ingat nanti balik Mesia nak beli la.Kat sini payah nak dapat kat kedai.Tak jumpe.Yg biase ada la.ok.Harap sudi bagi jawapan yer..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.