BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

MAKARONI BAKAR



Boleh diganti dgn apa bentuk pasta yg ada dipasaran........

Bahan isi:-
200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit mentega
300 g udang hidup, dibersihkan
1 tangkai cili merah, dihiris halus
1 tangkai cili hijau, dihirs halus
50 g cendawan butang, dihiris halus
1/2 cawan potongan daun kucai
100 g parutan keju cheddar

Bahan kastard:-
5 biji telur gred A
200 ml susu sejat
2 camca besar mentega cair
2 camca besar tepung gandum
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:-
1- Dalam satu bekas, gaul semua bahan2 isi hingga rata. Ketepikan.

2- Dalam bekas lain, satukan semua bahan2 utk kastard dan kacau hingga sebati menggunakan wisk.

3- Satukan no.2 ke dalam no.1 dan gaul hingga rata. Sudukan bancuhan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yang telah disapu dgn mentega (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang), hingga habis. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit. Hidangkan bersama sos cili/tomato

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.