BEN ASHAARI

Monday, January 21, 2008

KEK MARBLE SUSU

Teringin nak mencuba kek marble susu Norzailina Nordin ni....walaupun tatau sapa nak makan (tapi tadi dah makan sepotong..hehehe). Dengar dari feedback orang2 yang dah membuatnya, semua kata sedap, lembut dan lemak.....
Ah Mat Gebu mana boleh tahan kalau orang asyik "goda" dengan perkataan2 macam tu, jadi hari ni try test laa buat tapi 1/2 adunan je, dan memang betul u, mengancammm!!!!..caya lah Kak Lina...tabikk sama luuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

14 comments:

Ummi said...

Mat, ko ni betullah dah meracun tekak ku...sampai hati..baru nak diet sikit, ko dah keluarkan lelehan coklat tu yang x tahan tuuu...uwwaaaa...Mat mintak sikitt..xleh wat sndiri, nnt makan lebih had lak..hehe

Mat Gebu said...

Uwwwwaaaa!!!....bukan akak je, sama lah kita..tak bley makan byk, cuma 1 potongan kecilll jekkk!!!...tapi tu lah "gatall" sgt nak buat...hehehe

MamaFaMi said...

Memang sedap!

KakYu said...

salam... aduh tergoda tgk kek yg dgn choc top plak tu. Ni klu buat kang mesti mkn xleh nak control selagi x habis... Ptg ni jugak aku nak cuba...

Mat Gebu said...

mamafami...
Setujukan mama...mmg sedap kek nie!!

kakyu..
Hahah...mat pun boleh anytime, masalah nak makan byk tak bley, sebab takut leerr, kita pulak dah sedia kala montok + montel +gebu gituu...

norza said...

Hebatz la Mat memberi deskripsi tentang dirinya sendiri, ni akak nak tambah satu lagi ~ CUTE ~ rasa nak cubit2 pipi masa jumpa hari tu, tapi nanti akak pulak yg kena cubit dek kunadzri, hehe.

Kek ni sedap buat cuppies (dpt 25 bekas, adunan seberat 42 gram sebelum dibakar) tapi topping jgn manis sgt. Try recepi ni:
125 g creamwell
125 g butter
100 g susu pekat
40 gm gula aising
1 s/teh vanila

Putar semua hingga gebu + kembang + putih..SEDAP GILER..!!

Mat Gebu said...

wokey kak lina...ini leh buat utk chinese new year laa...toceyy ho ah lin!!!

Bro Rozzan said...

Wah, nampak kek tu sedap arr Mat Gebu. One thing for sure, you're really blessed to have the time and energy to whip up those cakes/food. For me though, kalau dah buat tu ada problem sket sbb my family's not a good eater. Takut membazir plak. So I have to restrict myself in my desire to explore new food recipes. Lagi pun, my energy's really drained off after a hard day's work in office. Stress perhaps! Anyway, keep up the good work brother!

Cik Puan Kesum said...

salam mat

ct masuk cilok ur marble cake..esk ct tayang kalau jadik.

Cik Puan Kesum said...

salam mat,ct ada buat smlm tp tak menjadik sgt.

nak tanya,pas buh telo tuh,kena beat until stiff peak ke?kena pakai beater yg whisk ke mat (kitchenaid)?butter tuh beat pakat flater kan?mat,tulung jwb at my blog mat..buntuuuu

Mat Gebu said...

Cik kesom...
Mat kalau buat kek yg mcm ni, guna paddle, tak guna whisk...Butter, ovallate dan gula tu pukul mcm biasa hingga putih, then masukkan telur terus memukul hingga kembang dan gula larut, lepas tu u masukkan tepung sedikit demi sedikit, masa ni guna speed perlahan. Jarak waktu kita perlu memutar telur sebelum kita masukkan telur yang lagi satu, ialah 1 minit....

Cik Puan Kesum said...

tq mat

kesum memang gunakan paddle tuh tp rasa nape lmbt benor masaknya kek ni??/plus ras amcm tak abis pukui jerk..tp memang betul ckp mat tuh,dh tau mana silapnya..silapnya tak beat betul2 tang telo tuh,beat kejap jerk.

psst mat,nk tanya selalu kek gini pakai speed num berapa?

kita rasa kita fail bab beat butter,telo.

eh nk tanya,kek ni memang merekah yek?ke sb suhu silap.kita pakai fan oben

Mat Gebu said...

Cik kesom...
Kalau nak beat butter n egg until fluffy, mt selalu guna speed laju (kalau kitchen aid ada 10 speed, i guna speed number 8 or 9)...Bab merekah tu mat buat pun jadi mcm tu, lagi kalau bakar dalam acuan loaf pan, tapi kalau u bakar dalam tin bulat 9 inci i rasa tak merekah, lagi satu mat guna mode oven biasa saja, tak guna hot air circulation (hot fan), cuma guna api atas dan bawah...

Cik Puan Kesum said...

salam en mat

tq for ur tips..

oo,pakai speed 8..padanla kek pun tak menjadik..ku pakai speed 4..kuang2x...selalu 8-9 guna utk beat egg saje..huhu..oo memang merekah yek..

tp kek satu lagik tuh,yg ada 3 kaler tuh,besh tau,cuma ari tuh silap beat jerk.ct pakai loyang bulat la mat..dh le merekah pastu tak masak kt belah atas.

oo,gitu ovennya.kita ni memang tak leh adjust da.kena pakai fan jugak.

** mat,sowi,lupa snap gmbo kek tp hubby i ckp sedap even tak masak belah atas.**

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.