BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

ANG KU KUEH

"Ang Ku Kueh", the true blue peranakan signature kueh......kaum nyonya dengan begitu teliti telah memperbaiki dan menaiktaraf kuih2 yang ada pada masa itu, ada juga kuih2 melayu yg telah diperbaik mutu oleh mereka...Ang Ku Kueh nie mat dapat resipi dari Great Lydia....
Petang tadi dengan gigihnya mat buat lah kuih ni, kira pertama kali buat, rasa tak delah susah mana cuma perlu ketelitian semasa membalut inti dengan dohnya. Lagi satu, dohnya juga sesuai untuk dibuat kuih koci, cuma perlu tukar intinya dengan inti kelapa dan lakukan proses seterusnya seperti kita membuat kuih koci.....

Bahan Doh:-
120 g tepung pulut
120 g keledek (mat guna keledek kaler oren)
1 camca besar gula halus (mat guna 1/2 camca besar)
4 camca besar pati santan (guna santan kotak je!)
2 camca besar minyak jagung
4 camca besar air
Sedikit pewarna merah (mat tak pakai sebab kaler keledek tu dah lawa)

Bahan Lain:-
220 g inti kacang hijau (boleh beli kat kedai2 baking)
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Kukus keledek hingga lembut, lecek bersama gula halus hingga hancur. Masukkan kesemua bahan untuk doh dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bagi doh kepada 11 bahagian yang sama saiz dan buat bentuk bebola, ketepikan.
  2. Inti kacang hijau disejukkan dalam peti ais sehingga boleh dikepal. Bahagikan inti kepada 11 bahagian yang sama besar juga. Buatkan bentuk bebola.
  3. Potong daun pisang sebesar ( 3 x 4) inci sebanyak 11 keping, sapu setiap keping potongan daun pisang dengan minyak. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sebiji doh, leperkan dan letak sebiji inti dan salut doh sehingga menutupi inti. Masukkan ke dalam acuan ang ku kueh dan tekan perlahan2 dan padat2kan. Ketuk keluar doh tadi dan alihkan ke atas daun pisang. Buat hingga siap.
  4. Kukus atas air mendidih selama 8 - 10 minit, gunakan api sederhana. Bila kuih masak (bila permukaan kuih menjadi seakan2 jernih), keluarkan dari kukusan dan sapu sedikit minyak pada permukaan kuih untuk mengelakkan kuih menjadi kering.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.