RESIPI ASAM PEDAS KAMBING

RESIPI ASAM PEDAS KAMBING

Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni saja2 che mat nak kongsikan dengan semua resipi asam pedas kambing. Sekali imbas macam sup merah kan, tapi hakikatnya yang ni ialah asam pedas. Bila che mat upkan video asam pedas kambing di InstaGram di sini, ada juga yang komen kata tak pernah cuba. Dan bila tak pernah cuba tu mesti ada yang ragu2, yelah kambing pun bukannya murah, main masak ajer, hasilnya kurang sedap atau tak menepati selera, dah rasa rugi pulak. Tapi asam pedas kambing ni, in sha Allah, tak menyesal cuba. Kuah dia tu esok2nya boleh lah buat cecah lempeng pekak atau roti canai. Che mat guna bahagian peha kambing. Kambing ini sebenarnya belen dari yang che mat masak briyani tu ari. Bahagian bertulang dia dah habis guna, yang ni kita bahagian isi kambing. Tapi kalau guna yang ada tulang2 tu pun sedap. Bahan2 untuk masak asam pedas kambing ada sedikit berbeza dari asam pedas ayam atau daging lembu. Che mat masukkan daun kesom dan bunga kantan. Yang daun limau purut tu hiasan ajer, Tapi kalau takde daun kesom, boleh masukkan daun limau purut. Lauk ni kalau tak habes, panaskan dan makan esok, perghhhh! lagi terangkat okeh...Mesti tak cayakan, nak percaya, kena lah cuba....Resipi che mat ada tulis kat bawah ni, jomm kita semak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800+ gram daging kambing, dipotong kiub
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, dihiris
1/2  cawan cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca besar pes asam jawa Adabi
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 batang serai, dihiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4  biji bawang merah kecil. hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Sedikit halba, kurang lebih 25 biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging kambing direbus selama 30 minit, buang air rebusannya, masukkan kembali daging kambing ke dalam periuk, tambah bawang putih, halia dan air panas secukupnya hingga daging kambing tenggelam. Rebus sekali lagi hingga daging kambing empuk. Asinngkan isi dan air rebusannya, ketepikan. (kalau guna pressure cooker, kurang lebih 20 minit).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/4 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga perang. Tambah bahan2 kisar dan masak hingga wangi, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan masukkan cili kisar. Masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sekali sekala dan gunakan api kecil.
  3. Masukkan pes asam jawa dan daging kambing rebus, kacau rata dan tuang air rebusan tadi secukupnya, kalau tak cukup, boleh tambah air panas. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan lada hitam tumbuk dan bunga kantan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (bagi yang guna serbuk perasa, tak payah taruk gula), 
  4. Akhir sekali masukkan daun kesom, sebelum dimasukkan, ramas sedikit daun kesom tadi untuk mengeluarkan aromanya. Kacau dan biarkan mendidih untuk 8 - 10 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas kambing dengan nasi putih, telur dadar dan ulam2man kesukaan anda. Selamat mencuba!

RESIPI ASAM PEDAS KAMBING RESIPI ASAM PEDAS KAMBING Reviewed by Mat Gebu on 3/28/2021 01:00:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Bila Che Mat sebut lempeng aje kan, terus Kita kecur terbayang sedapnya mencicah dgn kuah pekat2 tu

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.