RESIPI KUIH CARA BERLAUK


Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat buat kuih cara berlauk, sajalah, sejak2 MCO ni, masa memang agak banyak, jadi boleh lah kita buat kerja2 tak senonoh kat dapur, erkk, apa tu yang tak senonoh, macam kerja tak elok saja. Ha ah wakk, memang kerja ni kurang elok sikit lah sebab boleh kasi body kembang..haha, tapi dari segi skill, dia dapat memantapkan kebolehan kita di dapur. Kuih cara berlauk antara kuih yang che mat suka, kalau kuih cara manis, tu agak kurang sikit. Kuih ni akan menjadi lebih terkenal menjelang bulan Ramadan nanti. Bahanakan tahun ni negara kita dan dunia ditimpa musibah virus covid19, maka bazar2 Ramadan semua takde dan kalau nak makan kuih2 macam ni, kenalah buat sendiri kat rumah. Tapikan, kuih cara berlauk ni antara kuih yang senang nak buat, cuma satu ajerlah, bab acuan dia tu, kalau jenis baru guna (jenis aluminium), kebarangkalian untuk kuih melekat tu memang berlaku. Macam che mat guna acuan tembaga zaman tok adam, jadi acuan tu dah 'season', maka dah tak melekat. 


Resipi yang che mat akan kongsikan ini akan menghasilkan kurang lebih 20+ biji kuih, tapi berapa banyak tu ikut saiz acuan juga. Kalau besar2, dapat lah sikit. Kalau comel2 macam che mat guna tu, baru lah dapat dalam 20+. Inti dia terpulang, biasanya kuih cara berlauk, orang guna daging lembu kisar. Tapi kalau nak ganti dengan daging ayam atau kambing pun boleh. Nak guna tuna dalam tin pun ok, cuma kurang sedap sikit lah kuih cara intinya ikan tuna. Sedap dimakan dengan sos atau macam tu saja pun ok. Tapi kalau che mat, suka juga cecah sos cili. Kuih cara paling sesuai dihidangkan untuk minum petang atau waktu berbuka puasa nanti. Kalau rajin dan bahan2,termasuk acuan memang ada kat rumah, boleh cuba buat. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
100 gram daging lembu cincang (che mat kisar sendiri daging lembu)
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih*
2 keping hirisan halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar rempah kari daging Babas
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 biji cili merah, buang biji dan didadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
80 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan (boleh ganti dengan susu segar)
2 camca besar mentega (atau majerin), dicairkan
1/4 camca teh garam
Beberapa titik pewarna kuning makanan

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup secukupnya
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI KUIH CARA :- Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi hingga wangi. Masukkan bawang cincang dan masak hingga layu. Tambah daging kisar dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan serbuk kari dan sos cili, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan lada hitam. Kacau rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan cili merah dadu dan hirisan daun bawang, gaul rata dan sejukkan inti tadi.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kastard, kecuali mebtega cair. Kacau rata hingga tidak berbintil2 kemudian masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan tadi dan rehatkan 10 minit. Ketepikan.
  3. UNTUK MEMBUAT KUIH CARA :- Sediakan acuan pilihan. Letak atas dapur gas dan hidupkan api dapur, pastikan guna api yang paling kecil. Bila acuan panas, sapu sedikit lubang acuan dengan minyak makan. Kacau adunan kuih cara dan tuang dalam acuan hingga 3/4 penuh. Bila bahagian tepi kuih kelihatan pucat, sudukan kurang lebih 1/2 camca teh inti di atas setiap kuih. Buat hingga siap, tutup sekejap agar cepat masak.
  4. Buka  tutup acuan dan hiaskan atasnya dengan sedikit cili merah yang didadu dan sedikit hirisan daun sup. Biarkan kuih betul2 masak (bila bahagian atasnya kenyal bila disentuh). Keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. 
  5. Pastikan setiap lubang acuan disapu dengan sedikit minyak sebelum kita tuang adunan baru. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Boleh hidangkan untuk minum petang, selamat mencuba!
RESIPI KUIH CARA BERLAUK RESIPI KUIH CARA BERLAUK Reviewed by Mat Gebu on April 20, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. Salam Cik Mat. Aalahai...kanmain lagi ya.. apapun.. win betullah celoteh cik Mat kali.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Rindu pula kat kuih cara berlauk param parit raja 😭

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.