RESIPI KEK SPAN VANILLA


Assalammualaikum, selamat petang semua. Buat apa? Musim2 kena berehat atau bekerja dari rumah ni mungkin permintaan untuk penyediaan makanan agak rancak. Dengan anak2 yang pastinya berlegar2 diruang dapur, terutama di kawasan penyimpanan bahan makanan. Bila petang paling tak kena juga siap kan sedikit cemilan atau kudapan untuk minum petang. Hari ni lepas masak tengah hari tadi, che mat cuba buat kek span vanilla. Dan secara jujur inilah kek span yang che mat cari2, dia agak padat dan kurang rongga2. Lembap dan kurang manis. Buatnya pun agak mudah dan hanya menggunakan 3 biji telur gred A. Tapi saiznya agak comel lah, kurang lebih 6 inci. Kalau bakar dalam acuan saiz besar sikit, kek akan jadi rendah sikit. Kek span ini juga boleh digunakan sebagai kek asas untuk buat triffal, kek yang dilepa dengan buttercream atau hidangkan macam tu saja untuk minum petang. Kalau nak buat victoria sandwich cake pun sesuai... 


Resipi asal che mat ambik dari youtube. Saja2lah cuba buat, dan nak tengok hasilnya betul ke macam yang mereka kongsikan tu. Ehh, betul lah, menjadi dan rasa dia pun sedap, tapi che mat kurangkan sedikit sukatan gula dia. Resipi asal guna tepung kek, dan che mat takde stok tepung kek, kita guna tepung gandum biasa ajer, cuma perlu diayak 3 kali agar lebih ringan. Satu lagi, kek span ni tak gunakan baking paowder. Jika suka perisa pandan, boleh gantikan esen vanilla dengan pes pandan. Satu lagi bila buat kek kita kena faham oven yang kita gunakan, bukan semua oven sama, contoh macam kek ni, resipi asal dia guna suhu 170C, tapi oven che mat guna 165C. Dan jika kita guna acuan warna hitam, suhu kena turunkan sikit sekitar 160C macam tu, kerana tin warna hitam akan menyerap haba tinggi. Ok, kalau ada masa, boleh lah cuba dan kalau nak tengok cara2 membuatnya boleh pergi ke sini...Jomm kita buat kek!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
90 gram gula kastor (che mat guna 70 gram saja)
90 gram tepung kek (che mat guna tepung gandum dan ayak 3 kali)
1/4 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu segar (30 ml)
30 gram minyak jagung atau minyak sayur
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C (bergantung pada oven masing2, macam oven che mat, guna suhu 165C). Lenser acuan bulat bersaiz 6 inci dan alas dasar dan tepinya dengan kertas minyak. Lanser juga permukaan kertas tadi, ketepikan.
  2. Dalam bekas yang bersih dan kering, asingkan kuning dan putih telur. Masukkan secubit garam halus dan esen vanilla ke dalam bekas berisi kuning telur dan kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis, buat 3 kali. Putar hingga putih telur hingga pekat dan mencapai konsistensi  soft peak, boleh tengok kat link youtube yang che mat sertakan kat atas tu.
  3. Perlahan2 masukkan kuning telur dan putar pada kelajuan perlahan hingga semuanya sebati. Matikan mixer, ayak tepung ke dalam adunan dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga semuanya rata dan sebati.
  4. Dalam mangkuk kecil, satukan susu segar dan minyak jagung, kacau rata. Cedok 2 camca besar adunan kek dan masukkan ke dalam bekas berisi susu dan minyak tadi, gaul hingga rata. Tuang kembali ke dalam bekas berisi adunan kek, gaul rata dengan spatula. 
  5. Tuang ke dalam acuan yang telah disediakan tadi. Lorek2kan beberapa kali dengan lidi sate atau chopstick, tujuan untuk membuang gelembung2 udara dalam adunan kek. Hentak perlahan acuan kek sebanyak 2 - 3 kali dan boleh masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit atau hingga kuning keemasan, uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya dengan lidi sate atau cake tester, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven dan terus keluarkan kek dari acuan. Buang kertas alasnya dan sejukkan atas jaringan. Boleh potong dan hidangkan. Selamat mencuba!..

Post a Comment

5 Comments

  1. simple :)
    tq for sharing. kebetulan sedang nak buat kek span ni.
    cari resepi yg mudah dulu :) hi hi...

    ReplyDelete
  2. waaa..resepi baru! nak try gak la nanti, lagi pulak tak guna baking powder..jadi jugak span dia ekk

    ReplyDelete
  3. musim cuti,best gak baking,tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalo 8" kena gandakan dua semua bahan tu...6" adalah separuh daripada 8"

      Delete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.