RESIPI ROTI MANIS

Assalammualaikum, salam semua. Che mat harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, nak2 di musim penularan virus Covid-19 ni, suka tak suka kena patuh arahan kerajaan. Ini semua untuk kebaikkan rakyat Malaysia juga. Kalau kita masih berdegil, ia akan menyusahkan ramai pihak. Dan perlu diingatkan Covid-19 bukan virus sebarangan, dia boleh membunuh!Tak ke ngeri tu. Lagi pun kerajaan cuma minta kita duduk rumah diam2 dan jika keluar bila perlu seperti membeli barangan dapur atau ubat-ubatan. Tu pun kena patuh dengan tatacara yang dah ditetapkan. Bila dah kena duduk rumah, mesti dapur tak kering, dan macam2 resipi kita nak cuba, yea dak. Jadi hari ni che mat nak kongsikan satu resipi roti yang boleh dikatakan mudah dibuat, tak perlu pelembut semua, cuma bahan2 asas saja, tapi tepung tu, che mat guna tepung roti lah, tak cuba lagu guna tepung gandum biasa. Bukan tak jadi kalau guna tepung biasa, tapi teksture dia mungkin ada beza. 

Untuk resipi ni che mat guna acuan kecik, dan cara mana kita nak bentukkan roti manis tu terpulang pada kreativiti masing2. Yang ni cuma roti kosong tanpa sebarang inti, che mat suka yang kosong, sedap kalau cecah dengan kopi O panas atau sambal tumis. Tapi kalau nak taruk inti pun tak salah. Satu tips nak kekalkan roti biar lembut, masa nak simpan tu, pastikan kita bungkus dengan plastik dan simpan dalam bekas kedap udara. Yang buat roti kita keras macam terompah sebabnya roti dah terkena lama sangat pada udara dan menjadi kering. Kalau nak tengok rupa roti masa che mat bakar, boleh lah ke IG che mat di sini. Resipi asalnya dari youtube, tapi kata orang, walaupun resipi dari youtube tu menjadi, tetap kita kena cuba buat dulu, kalau menjadi, maknanya betullah resipi yang dia orang kongsikan tu. Jika teringin nak mencuba, che mat kongsikan resipinya di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung roti (high protein flour)
1 camca teh instant yeast
120 ml susu segar (che mat guna susu penuh krim)
1 camca teh garam
1 1/2 camca besar gula
3 camca besar susu pekat manis
1 biji telur, gred A, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla (optional)
30 gram mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. MENGGUNAKAN BREAD MAKER :- Masukkan susu, esen vanilla dan telur ke dalam breadmaker, kemudian masukkan baki kesemua bahan2 tadi. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, breadmaker akan mula menggaul bahan2 tadi selama 5 minit, kemudian proses menguli berjalan selama 25 minit dan akhir sekali proses memerap doh roti selama 1 jam.
  2. MENGGUNAKAN STAND MIXER :- Dalam gelas, masukkan susu, tambah instant yeast dan 1/2 camca besar gula (guna gula dari bahan2 untuk roti). Kacau rata dan biarkan hingga yeast berbuih, kurang lebih 7 - 8 minit. Dalam mixing bowl, satukan baki bahan2 kecuali mentega. Kacau rata. Pasangkan cangkuk untuk mengadun roti, putar rata pada kelajuan sederhana. Tuang bancuhan yeast sedikit demi sedikit hingga habis. masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga adunan menjadi doh. kurang lebih 3 - 4 minit. Tambah mentega dan terus memutar hingga menjadi doh yang kenyal, elestik dan tidak melekat di mangkuk adunan, kurang lebih 7 - 8 minit. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak masak, tutup dengan plastik cling dan perap 1 jam. (Jika uli menggunakan tangan, mengambil masa kurang lebih 15 minit)
  3. UNTUK ROTI MANIS :- Keluarkan doh dari breadmaker atau mangkuk. Tumbuk doh tadi untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja dan uli doh dengan tangan selama 1 - 2 minit. Kemudian bahagian kepada beberapa bahagian (che mat guna acuan yang ada 8 lubang, jadi doh dibahagi 8). Bulat2kan doh dan rehatlan 15 minit, tutup dengan plastik cling.
  4. Ambil sebiji doh yang dibulatkan tadi, dan boleh bentukkan ikut kreativiti masing2. Che mat potong 4 untuk setiap 1 biji doh , bulat2kan dan susun dalam setiap 1 bekas dalam acuan, maksudnya setiap 1 bekas ada 4 biji bebola kecil, jangan lupa acuan tadi disapu dengan mentega dulu. Buat hingga siap, tutup dengan plastik cling dan perap lagi sejam atau hingga naik sekali ganda.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, panaskan oven sekurang2nya 15 minit. Sapu sedikit susu segar pada permukaan doh roti dan bakar kurang lebih 18 - 20 minit, hingga permukaan roti keperangan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap dalam seminit dua. Boleh keluarkan roti dari acuan, sejukkan atas redai dan boleh hidangkan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI MANIS RESIPI ROTI MANIS Reviewed by Mat Gebu on 3/30/2020 04:13:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.